Tak Habis Lagi Isu Sharifah Rose, Kini Liyana Jasmay Pula ‘On Off’ Tudung?

Tahun lepas, netizen digemparkan dengan gosip beberapa barisan selebriti tempatan yang mengambil keputusan untuk membuka tudung. Of course ramai yang kecam tapi biasalah, bila dah terlibat dalam dunia industri ni, hati kena kental dalam segala langkah dan keputusan yang dilakukan.

Beberapa hari lepas kita semua disajikan dengan kes seorang selebriti media sosial, Sharifah Rose yang dikatakan membuka tudung ketika berada di luar negara. Hm, mungkin dia fikir bila pergi ke luar negara dia terlepas bila melakukan di luar norma tapi dia silap. Rakyat Malaysia lebih pantas ye!

Malangnya belum lagi isu ini reda, timbul lagi satu isu on off tudung dari salah seorang artis wanita tempatan, iaitu Liyana Jasmay. Mesti rami terkejut kan? Kepada mereka yang mengikuti perkembangan pelakon berusia 31 tahun di akaun Instagram miliknya, pastinya anda tahu.

Lihatlah beberapa keping gambar ni yang dimuat naik dengan Liyana ni, walaupun memakai hoodie atau snowcap tapi masih lagi kelihatan helaian rambut berjuraian.

Mungkin ada netizen yang mengatakan biarlah itu kehidupan dia, ikut suka hati dia la nak buat apa. Ya, memang betul tapi sebagai umat Islam, kita kena tahu mana satu wajib dituntut oleh Allah. Asingkan gaya hidup dengan perkara yang wajib.

Kita juga harus menegur apabila saudara seislam kita melakukan kesilapan. Biasalah, manusia sering melakukan kesilapan dan ada kala mungkin mereka tak sedar itu adalah kesalahan.

Apa pun, cuba dengar penerangan dari penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih mesra dikenali Caprice tentang isu pemakaian tudung on off ni.

View this post on Instagram

Bende wajib tak boleh bawak bincang. ❤🙏

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Bila masuk tahu 2020 ni, pastinya ramai yang mengharapkan perkara yang baik-baik berlaku lebih-lebih lagi bila usia makin meningkat. Banyak lagi perkara yang harus dibetulkan. Jangan pandang remeh dengan perkara yang berat.

Lagipun, dunia makin maju, cara pemikiran kenalah maju juga. Jangan samakan personaliti dengan penampilan yang wajib.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Asyik ‘Style’Sama Je, Kami Ada Idea Melilit Tudung Untuk Style 2020

Terharunya, Wanita NZ Pakai Tudung Jumaat Ini Seminggu Selepas 50 Terbunuh

 

 

 

 

Sumber: ig liyanajasmay , hype

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna