Tak Dapat Datang Rumah, Sugu Pavithra ‘Video Call’ Dengan Perdana Menteri!

Mungkin anda masih ingat suatu masa dahulu Sugu dan Pavithra pernah mengajak Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk  menziarahi rumahnya  setelah menerima sumbangan barangan dapur dan masakan beberapa bulan lalu.

Sumber: Youtube

Nampaknya, hajat tersebut belum kesampaian memandangkan Muhyiddin pun sibuk menguruskan negara apalagi ketika kita semua sedang menjaga batas sosial musim pandemik ini. Walaupun begitu, pasangan itu kemudian dapat saling berinteraksi melalui video call baru-baru ini.

Semuanya terjadi ketika perdana menteri berinteraksi dengan para penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat melalui satu sidang video. Kebetulan pula pasangan Sugu dan Pavithra turut menjadi antara penerima bantuan tersebut.

Sumber: Bernama

Lucu juga apabila semasa sidang video itu, Muhyiddin turut bergurau sambil bertanya kepada pasangan itu “Bila nak belanja saya makan nasi beriani kambing,”

Sumber: Bernama

Mana tidaknya, menu nasi beriani pasangan ini memang mengancam sedapnya. Ramai juga yang telah mencuba resepi yang diberikan pasangan ini.

Pasangan ini bagaimanapun tidak hanya berhenti di Youtube. Mereka sebenarnya menyimpan hasrat untuk membuka restoran sendiri suatu masa nanti. Hebat betul pasangan ini, semoga apa yang dihajatkan dapat disempurnakan suatu hari nanti.

 

 

Baca juga:

Dah Dapat ‘Gaji’, Sugu Pavithra Kata Tak Sampai RM 144,000?

RM 35 Bilion Untuk Rakyat, PM Cadang Sugu Pavithra Jual Ayam Varuval?

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna