Tak Cukup Tidur Punca Wanita Lepas Bersalin Tak Kurus-Kurus

Sampaikan sekeping foto ketika mengandung dan selepas melahirkan anak tiada dalam simpanan kerana fobia untuk melihat tubuh badan sendiri yang sangat gempal.”

Tanya mana-mana ibu yang baru melahirkan anak, perkara paling merisaukan mereka adalah berat badan yang susah hendak turun. Melahirkan anak merupakan satu proses yang menyebabkan banyak perubahan dalam diri dan badan berlaku. Untuk mendapatkan kembali berat badan seperti sebelum mengandung bukanlah satu kerja yang mudah. Ada yang menangis lah kalau lihat kembali gambar sebelum ini. Sebab itu juga ada wanita yang tidak mahu mengandung atau melahirkan anak disebabkan perasaan takut bentuk badan berubah sehingga tua.

Penulis juga berdepan dengan situasi yang sama, selepas melahirkan anak, berat badan sukar untuk diturunkan. Sebelum mengandung, berat penulis sekitar 58kg sahaja selepas melahirkan anak berat statik pada angka 75kg sehingga mencecah 80kg! Sampaikan sekeping foto ketika mengandung dan selepas melahirkan anak  tiada dalam simpanan kerana fobia untuk melihat tubuh badan sendiri yang sangat gempal. Sedih pun ada, tetapi selepas diselidik dan bertanya kepada beberapa orang kenalan yang berjaya mendapatkan kembali tubuh idaman, rupanya ini antara faktor kenapa berat badan wanita selepas bersalin tak turun. Penulis masih dalam proses untuk menurunkan kembali berat badan, anda juga boleh kembali ke zaman kegemilangan jika anda ikuti panduan ini kalau ingin badan langsing kembali.

 

Tidur Tidak Mencukupi

via GIPHY

Tiada masa tidur atau rehat yang mencukupi penyebab berat badan semakin naik. Banyak kajian yang telah membuktikan kebenarannya. Semua wanita akan mengalami ini, jika mempunyai anak kecil semangnya waktu rehat dan tidur yang mencukupi adalah mustahil! Untuk suami yang ingin isteri anda mempunyai bentuk badan yang menarik lepas bersalin, bantu isteri anda menjaga anak sementara waktu, dan biarkan permaisuri anda beradu seketika. Jangan pandai nak merungut sahaja. Bertolak ansur tu penting dalam sesebuah perhubungan.

 

Makan Tidak Menentu Kerana Sibuk

via GIPHY

Mempunyai bayi kecil akan menyebabkan seorang wanita itu tidak mempunyai jadual makan yang teratur. Baru hendak suap makanan ke dalam mulut, si kecil sudah menangis ingin menyusu badan. Mengatur waktu makan adalah cara yang mudah supaya berat badan turun secara teratur tau. Mahu tidak mahu, anda perlu pastikan anda mengambil makanan yang seimbang pada setiap waktu yang tepat. Makan makanan bertenaga pada waktu siang supaya lebih bertenaga dan bersemangat, sementara pada waktu malam, cukup makan makanan yang tidak mengandungi karbohidrat. Cuba cari alternatif lain untuk pastikan anda sempat menjamu selera mengikut waktu yang ditentukan seperti buat pesanan daripada pengusaha makanan atau restoran berdekatan.

 

 

Makan Dalam Kuantiti Banyak

via GIPHY

Ini sebab kenapa anda perlu makan mengikut waktu yang betul. Jika tidak mempunyai waktu makan yang betul anda pasti akan makan berlebihan pada waktu lain dek kelaparan kerana ‘skip’ waktu makan sepatutnya. Adakah anda seorang yang makan sekali sehari tetapi dalam kuantiti yang banyak? Jika ya, ia sangat tidak digalakkan! Lebih baik makan beberapa kali dalam sehari tapi dalam kuantiti yang kecil, supaya cukup masa untuk makanan tersebut dihadam bagi menjadi sumber tenaga.

 

Pantang Ala Kadar

via GIPHY

Kalau boleh putar kembali masa, selepas bersalin penulis ingin berpantang dengan betul. Melihat rakan-rakan yang mempunyai badan yang kembali langsing penulis sedikit cemburu. Menurut kenalan penulis, mereka sangat menjaga diri dan mengikut amalan berpantang dengan betul. Baik dari cara pemakanan sehingga penjagaan diri yang kononnya penulis anggap sebelum ini sedikit kolot. Kalau inginkan perut rata dalam masa yang pantas, gunakan bengkung pelangsing sepanjang proses berpantang. Selain mendapatkan bentuk perut rata dan pinggang yang ramping, bengkung pelangsing juga dapat mengurangkan pembengkakan dan pendarahan dalam rahim. Begitu juga untuk pemakanan ketika berpantang. Jika anda betul-betul mengikut amalan pemakanan yang betul memang nampak perubahan yang ketara. Berusahalah terlebih dahulu. Yang penting jangan malas!

 

Kurang Minum Air Putih

via GIPHY

Kurangkan minum minuman segera seperti bancuhan minuman 2 dalam 1 yang mengandungi banyak bahan pengawet dan gula yang tinggi. Sebaliknya perbanyakan minum air masak atau jus buah asli. Selain menghindarkan anda daripada dehidrasi, amalam minum air dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.

 

Malas Bersenam!

via GIPHY

Paling penting adalah menjaga pemakanan. Tetapi jangan malas melakukan aktiviti senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh. Senaman sekali dalam seminggu sudah cukup untuk memperkuatkan otot yang lemah atau menurunkan berat badan. Ataupun untuk aktiviti yang tidak berat sekadar berjalan di kawasan perumahan sahaja.

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna