Tak Boleh Tidur Malam Sepanjang Pandemik? Bukan Anda Seorang Sahaja!

Ada dua benda yang selalu bermain dalam kepala kita sepanjang berlakunya pandemik COVID 19.  Kita berada dalam fasa tertekan dan cemas. Puas kita menimbang apakah yang bakal terjadi esok hari. Tambahan pula bila ada yang cakap penawar bagi COVID 19 ini tak mungkin dapat dijumpai dalam waktu yang singkat.

Bila terbaca benda sebegini, patutnya kita semua bertenang dan fikirkan apa cara yang perlu dilakukan untuk membendung diri kita daripada terkena virus ini sementara ubatnya masih dalam kajian dan penyelidikan. Selain melakukan langkah mencegahan, kita juga boleh meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

BACA: Untuk Mommy Luar Sana, Ketahui Tip Bagi Bayi Mudah Tidur

Salah satu cara untuk meningkatkan sistem ketahanan badan ialah cukup tidur. Namun, semenjak pandemik ini, banyak juga yang ada masalah susah tidur malam. Antara punca kita susah nak tidur ialah tekanan. Jadi, berikut adalah beberapa tip yang anda kena tahu untuk hilangkan stres waktu tidur.

via GIPHY

Wujudkan rutin tidur

Sepanjang pandemik, ada yang hilang kerja. Ada juga yang baru nak sesuaikan diri bekerja dari rumah. Sebab itu ramai yang kecelaruan rutin tidur.

“Memandangkan pandemik ini membuatkan kita menjalani hidup dengan cara berbeza. Jadi, kita kena perhatikan bagaimana kita menjalani hidup,” kata Navya Singh, seorang ahli psikologi di Universiti Columbia.

Jangan tidur siang berlebihan

Keadaan yang selesa dan nyaman dekat rumah membuatkan kira malas nak beraktiviti. Jadi, kita pun terdorong untuk ngantuk dan tidur di mana-mana sahaja.

BACA: Malam Ni Boleh Praktis Tidur Tanpa Pakai Seluar Dalam, Banyak Manfaatnya!

Bila kita tidur lama sangat pada waktu siang, automatik kita akan susah tidur pada malam hari. Jadi, untuk mengelakkan kita tidur siang. Penuhkanlah hari dengan mendengar lagu, keluar ke taman, atau tengok video kelakar di Youtube.

via GIPHY

Jangan bersenam waktu malam

Ada orang kata bersenam boleh membuatkan anda  tidur lebih nyenyak. Namun, jika kita bersenam beberapa jam sebelum tidur, badan kita masih lagi memberi respon stimulus kepada badan sehingga menyebabkan kita susah tidur.

Jarakkan diri daripada melihat skrin telefon dan komputer

Internet menjadi alat paling berharga sepanjang pandemik untuk tahu perkembangan semasa. Namun, anda disarankan untuk tidak melihat  skrin telefon sejam sebelum masuk tidur.

Jika angka penularan semakin berkurang, katanya kerajaan akan membuka kembali aktiviti sosial dan habiskan PKPP ini. Apa pun, stay safe dan stay clean okay ladies!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna