Tak Boleh Bermalam Masa Ziarah Dan Melaka Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri

Beruntunglah siapa yang ada saudara mara yang duduk dalam satu negeri pada musim raya tahun ni. Lagi untung kalau rumah mak bapak pun dekat-dekat je. Setidak-tidaknya tidaklah terkena tempias raya PKPB seperti mana rakyat lain tengah hadap sekarang ni.

Anda yang ada keluarga berdekatan, dibenarkan untuk ziarah-menziarahi namun hanya pada hari raya pertama sahaja mengikut SOP yang telah ditetapkan. Individu yang berziarah pada hari pertama sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan bermalam di rumah yang dikunjunginya.

Contohlah, kalau kita raya 24 hari bulan, dan selepas itu anda tidur di rumah yang anda kunjung melebihi jam 12.01 tengah malam hari berikutnya, itu sudah dikira salah dari segi SOP yang dikeluarkan.

Melaka catat angka paling tinggi cuba rentas negeri

Kadang-kala tak faham dengan perangai sesetengah rakyat yang masih lagi mencuba untuk merentas negeri bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Angka ini didedahkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, “berdasarkan statistik, sebanyak 886 kenderaan di Melaka cuba merentas negeri, sekali gus menjadi rekod tertinggi, disusuli Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan).”

Hm, tak pasal-pasal kena berpatah balik. Apa yang berlaku kini bukanlah sesuatu yang kita minta. Jika tiada kerjasama diberikan semua rakyat Malaysia, usaha nak menamatkan pandemik ini mungkin akan menjadi lebih sukar.

Pesan Donna, raya tetap raya tapi patuhilah SOP yang telah dikeluarkan, okay?

 

Baca juga:

Sah Tak Boleh Balik Kampung Raya Ni!

Meriahkan Raya PKPB Ni Dengan Hantar Kad Raya Guna E-Card Stylo

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna