“Tak Boleh Basuh Baju Suami Sekali Dengan Anak,” Sampai Macam Ni Ke Kita Kena Muliakan Lelaki?

Kita semua faham yang wajib bagi seorang isteri untuk taat kepada suami. Kita semua pun faham wajib hukumnya untuk para suami membahagiakan isteri. Sikap tolerasi dan kasih sayang sangat diperlukan di alam rumah tangga bagi memastikan ikatan perkahwinan tidak cepat goyah.

Namun, kadangkala ada juga beberapa perkara yang dicipta dan dianggap kewajipan yang perlu dilakukan oleh semua wanita untuk mendapat ‘restu suami’. Perkara yang disenaraikan itu juga memang selalunya kedengaran tidak masuk akal untuk dituruti. Tapi yang peliknya, ramai juga yang hanya ikut sahaja tanpa bertanya signifikannya.

BACA: Isteri Derhaka Jika Enggan Berpoligami? Suami Patut Baca Perkongsian Ni

Baru-baru ini kecoh di laman sosial seorang wanita memuat naik kenyataan sebenarnya tak elok kalau isteri membasuh baju suami dengan anak-anak. Ia dianggap perbuatan yang tidak memuliakan suami.

Maksudnya, seorang isteri kena asingkan baju suami dan anak-anak. Suami berada di tahap tertinggi dalam keluarga dan wajar untuk seorang isteri membasuh baju suami secara khusus pula. Dua kali kerja isteri nak kena buat setiap kali nak cuci pakaian. Bukan itu sahaja, membazir juga elektrik dan air.

BACA: Dia Tonyoh Muka Kakak Dekat Kemaluan Dia; Ibu Tergamam Anak Dicabul Sahabat Suami

Kenyataan itu juga mengundang respon daripada netizen yang rata-ratanya terkejut sebab undang-undang yang tak munasabah itu diterima pakai dalam beberapa buah keluarga menunjukkan betapa dahsyatnya lelaki meminta isteri memuliakannya.

Suami tak setuju!

Ada juga para suami yang tak setuju dengan mentaliti merepek seperti ini.

Islam itu mudah dan tak pernah nak suruh isteri buat benda yang merepek hanya untuk mendapat restu suami. Suami yang baik takkan sanggup biar isteri berpenat untuk dirinya. Isteri adalah pendamping kita dan bukannya hamba abdi atau orang gaji.

Anda rasa macam mana? Ada yang buat undang-undang begini di rumah sendiri?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna