Tak Batal Puasa Jika Cium Isteri Siang Hari, Tapi..

Sayang abang pergi kerja dulu.”

Pasti ada di antara pasangan anda yang sudah menjadi kebiasaan bersalaman dan mencium isteri sebelum pergi ke tempat kerja. Baru lah sweet! Eh tapi boleh ke mencium isteri ketika bulan ramadan? Pasti anda keliru kerana terdapat pendapat yang melarangnya dan ada juga yang benarkan.

Image result for kissing wife cheeks

Sumber : EliteDaily

Mencium isteri tu tak salah, malah akan dapat lagi keberkatan dalam rumah tangga kerana ia merupakan sebahagian daripada kasih sayang dan rasa cinta terhadap pasangan. Bukan itu sahaja mencium isteri juga merupakan satu ibadah jika diniatkan untuk menunaikan perintah Allah.

Related image

Sumber : amazingfacts

Berdasarkan beberapa hadis, sebahagian berpendapat bahawa hukum mencium isteri ketika bulan puasa adalah harus tetapi harus diingatkan bahawa ia tidak disertai dengan syahwat. Menurut Ustaz Mohamad Wahid, cara yang baik (makruf) untuk bergaul dengan isteri adalah dengan menciumnya. Jika disertai dengan syahwat maka ia sudah menjadi makruh kerana menahan syahwat.

Related image

Sumber : stocksy

Haa jadi sebenarnya tidak menjadi masalah untuk suami mencium anda ketika bulan puasa. Tapi sebaiknya cuba hindar untuk mencium isteri disiang hari kerana bimbang ketika mencium timbul perasaan ingin bersama dan melakukan hubungan suami isteri. Ingat ye, hubungan intim ketika berpuasa sangat dilarang. Apa kata anda luangkan masa dan bermesra dengan isteri selepas berbuka puasa, haa itu lebih baik kan?

 

 

 

 

 

Sumber : adden

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna