Tak Balik Raya Gara-Gara PKP? Ini 5 Filem Pendek Aidilfitri Anda Boleh Layan

Kerajaan dah umumkan yang kita semua tak boleh balik raya bagi mengelakkan penyebaran COVID 19. Jadi, ramailah yang jadi anak perantau hari raya kali ini. Tak adalah merasa nak bakar lemang berjemaah dekat kampung. Masak sahaja apa yang ada dekat rumah.

Tapi, jangan risau. Anda masih boleh memeriahkan hari lebaran dengan layan filem-filem pendek yang malar segar. Bolehlah buat anda lepaskan kerinduan dekat kampung itu. Nah, kami sediakan 5 filem pendek bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Baju Kurung Raya

Ceritanya bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Alif  bertanya mengapakah ibu hanya pakai baju yang sama setiap kali raya. Maka dia pun mengeluarkan semua wang yang disimpan di dalam tabung untuk membelikan baju kurung untuk ibunya. Tapi duit dia tak cukup pula. Ha? macam mana tu?

Lagi Lagi Bahulu Emak

Mengisahkan seorang wanita (Opah) yang terasa dengan anaknya bernama Adam. Mana tidaknya, nak ajak berbuka di kampung bukan main susah sebab dia memilih berbuka puasa dengan keluarga mentua di hotel. Namun, anaknya begitu menyukai bahulu Opah mereka.

BACA:Bosan? Ini 5 Cadangan Filem Wajib Layan Di Netflix Sepanjang PKP

Pengacau Raya

Inginkan video pendek yang lawak? Apa kata anda tengok Pengacau Raya. Mengisahkan seorang mualaf yang tak sabar-sabar nak balik raya. Bila dah sampai kampung, dia memang rajin nak tolong buat kerja dapur tapi semuanya tak menjadi. Betul-betul pengacau.

Mana Angah

Mengisahkan Angah yang kurang disukai oleh ahli keluarganya. Sampailah suatu hari Angah kemalangan dah hilang tiba-tiba. Habis idea satu keluarga nak cari dimanakah Angah. Lepas kejadian itu, barulah mereka hargai kewujudan Angah.

Sampai Hati

Lain macma betul vibes filem pendek ini. Drama ini mengisahkan tentang hubungan adil-beradik yang tak berapa baik sejak mereka kecil. Bila dah besar panjang, masing-masing dah boleh berfikir. Barulah menghargai kewujudan masing-masing.

BACA: Pilihan Telefilem Istimewa Sempena Ramadan

Jadi, mana satu agaknya filem pendek kesukaan anda?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna