“Tak Bahaya Ke Naik Public Pergi Kerja Nanti?” Ketahui Apa Prasarana Buat Atasi COVID

Nampaknya semua kena bersedia apabila premis perniagaan dan syarikat telah diizinkan beroperasi bermula 4 Mei ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri. Namun, ada beberapa prosedur ketat yang rakyat kena patuhi bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Antara yang menjadi perhatian orang ramai ialah penggunaan perkhidmatan awam pada waktu puncak. Selamatkah untuk berada di dalam bas atau train yang dipenuhi orang ramai? Bagaimana pula dengan waktu operasi train?

Sumber: The Star

Soalan-soalan itu akhirnya dijawab satu persatu apabila Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi) Muhammad Nizam Alias mengumumkan beberapa langkah yang diambil bagi menghadapi PKPB nanti. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut.

  • Pada waktu puncak, mereka akan meningkatkan jumlah train dan bas bagi mengurangkan kuantiti pengguna pada satu masa.
  • Bagi LRT, kekerapan perkhidmatan adalah pada setiap empat minit manakala monorel adalah enam minit.

Sumber: Malaymail

  • Akan ada staf tambahan untuk pastikan jarak sosial di dalam train.
  • Penumpang dinasihati memakai penutup hidung dan mulut dan kerap cuci tangan.
  • Kerja-kerja membasti kuman di stesen, hab bas, feri diteruskan.
  • Suhu badan setiap staf dan pemandu bas akan diperiksa sebelum memulakan kerja.

Itulah langkah yang dilakukan prasarana untuk memastikan pengguna perkhidmatan awam terus dilindungi daripada terkena jangkitan COVID-19. Tapi bukan prasarana sahaja yang kena buat kerja, kita semua pun mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kerjasama kepada staf dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.

Mari sama-sama kita jalankan tugas kita. Ingat, kita belum menang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna