Tak Ada Penjualan Tepung Pelita Paya Jaras Untuk Ramadan 2020

Rasa sebulan, rindu setahun,”

Bila tiba bulan Ramadan, antara juadah yang sering dinantikan adalah Tepung Pelita Paya Jaras. Tanyalah penduduk sekitar Sungai Buloh, Damansara atau kawasan Selangor, kuih ni pasti menjadi tumpuan ramai sampaikan mereka sanggup beratur panjang semata-mata Tepung Pelita.

Teksturnya lembut, rasanya manis dan cair di mulut membuatkan ramai yang ‘ketagih’ dengan kuih ni. Sayangnya, berita buruk untuk penggemar Tepung Pelita Paya Jaras kerana penjualan untuk Ramadan 2020 tiada akibat penularan wabak COVID-19. Seriously?

Sumber: fb

Tak akan jual Tepung Pelita walaupun permintaan tinggi…

Menurut  Pengusaha Tepung Pelita Paya Jaras, Watie Abdul Rahman dan suaminya  Nadzri Taris walaupun banyak permintaan daripada ejen jualan tapi pihak mereka tetap dengan berpendirian mereka tidak menjalankan operasi pada tahun ini. Ini kerana demi kebaikan kesihatan rakyat Malaysia.

“Untuk yang bertanyakan penjualan atas talian, kami tidak membuat sebarang jualan atas talian juga. Jadi sekiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan nama Tepung Pelita Paya Jaras untuk jualan bulan Ramadan 2020 ini bermakna itu bukan daripada kami memang tak beroperasi langsung,”

Sumber: awani

Serba sedikit jejas pendapatan tapi…

Watie turut mengakui  keputusan untuk tidak membuat jualan Tepung Pelita pada tahun ini mungkin akan menjejaskan satu-satunya pendapatan mereka sekeluarga pada Ramadan kali ini tapi, baginya keuntungan adalah perkara kedua. Apa yang lebih penting sekarang usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Tambahnya lagi, dia berharap Ramadan tahun 2021 akan menjadi pembuka rezeki kepada peniaga-peniaga pada dan turut memesan agar semua duduk rumah dan jumpa tahun hadapan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

PKP Lanjut 2 Minggu Lagi Sehingga Awal Ramadan

Hebat! Belum Raya Lagi, Perdana Menteri Australia Dah Masak Rendang

 

 

 

 

 

Sumber: twitterawani

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna