“Tak Ada Kuih Raya, Kami Bagi Gula-Gula,”- Pelajar Malaysia Cerita Raya Kuarantin Di Turki

Jika anda pernah membaca siri artikel sebelum ini,kami pernah menemuramah pelajar Malaysia, Nur Solihah Muzahar di Turki untuk menceritakan perkembangan COVID 19 di negara itu. Kali ini, kami berkesempatan untuk bertanyakan bagaimana suasana menyambut perayaan Lebaran jauh dari keluarga di Malaysia di saat negara Turki masih lagi melalui fasa kuarantin.

Di Malaysia, kerajaan tidak membenarkan mana-mana individu untuk melakukan kunjungan dan rumah terbuka sepanjang musim perayaan kecuali pada hari raya pertama. Namun, itu pun hanya terhad kepada 20 orang. Di Turki pun nampaknya tak jauh beza, mereka juga melarang aktiviti melibatkan kelompok sosial yang ramai kecuali kalau satu bangunan.

Tahun kedua beraya di perantauan membuatkan Solihah sudah terbiasa jauh dengan keluarga. Cuma tahun ini sedikit berbeza kerana gadis ini hanya beraya di dalam rumah dan tidak menyambutkan dengan persatuan mahasiswa Malaysia di sana akibat COVID 19.

BACA: Pertama Kali Jadi Perantau? Ini 5 Menu Anda Boleh Masak Hari Raya Ini

Walaupun begitu, kemeriahan Syawal di sana tidak kurang hebatnya. Mujurlah rakan-rakan serumah semua jenis yang periang. Makanan yang disediakan sudah tentunya berbeza sedikit. Mereka menyediakan maklubah iaitu nasi daripada arab dan beberapa roti daripada Morocco.

“Hidangan Malaysia yang paling rindu mestilah sate dan lemang. Kalau suasana pula rindu betul takbir raya,”

Oleh sebab rindu Malaysia, mereka pun buatlah kuah kacang dan nasi impit untuk sambut raya. Kek coklat pun mereka buat juga.

Bercerita tentang perbezaan antara Turki dan Malaysia, ini jawapan Soliha.

“Kalau dekat Turki, tradisi berbeza sikit. Kami tak hidang kuih raya. Orang dekat sini akan bagi gula-gula untuk para tetamu. Budak-budak yang datang rumah pun tak minta duit raya. Mereka hanya kumpul gula-gula sahaja,”cerita Soleha.

Rasanya tahun ini perayaan Lebaran disambut dengan sederhana. Dekat manapun kita berada, Syawal kali ini mengajarkan kita untuk bersyukur dengan apa yang ada dan meraikan hari kemenangan dengan orang yang kita sayangi.

BACA: Gara-Gara Buat Open House Raya Ketiga, PDRM  TV3 Datang Buat Serbuan!

Selamat Hari Raya kawan-kawan di perantauan, kalau keadaan dah pulih baliklah Malaysia makan rendang, okay?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna