“Tak Ada Ibu Tak Ada Syurga”, Netizen Bengang Watak Fizi Tak Ada Akhlak!

Bila sebut sahaja cerita animasi di Malaysia, kita boleh berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh penggiat seni di negara kita. Tahun demi tahun, kita dah menyaksikan banyak perkembangan siri animasi yang setanding dengan filem dan drama yang dihasilkan di peringkat antarabangsa seperti Ejen Ali The Movie.

Baru-baru ini, viral satu babak dalam drama animasi tempatan tentang watak Fizi. Dalam klip berdurasi 44 saat menceritakan Mail ingin membantu ibunya membuat persiapan raya.

“Syurga di bawak telapak kaki ini,” kata Mail. Upin dan Ipin pula memang kehilangan ibu dan ayah sejak lahir. Mereka bertanya bagaimana pula dengan mereka? Namun, jawapan Fizi bikin ramai menyirap!

Mujurlah klip video itu ada sambungannya. Opah menjelaskan syurga untuk mereka masih ada.

Fizi kemudian menjadi bualan di laman sosial. Ramai juga yang beranggapan manusia seperti Fizi yang main cakap lepas sahaja memang wujud di sekeliling mereka.

Ada juga yang sampai buat bebenang perangai Fizi yang memang teruk dan busuk betul! Aduh, macam-macam betul netizen kita. Fizi diberi gelaran baru oleh netizen iaitu Fizi budak tiada akhlak.

Bukan itu sahaja, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa pun tweet benda yang sama di media sosialnya. Begitu hebat penangan Fizi!

Namun, ada sesuatu yang indah ketika babak ini viral di laman sosial. Kita dapat lihat bagaimana peminat filem animasi Indonesia juga berkongsi perasaan yang sama tentang Fizi. Dua buah negara boleh disatukan dengan hanya watak filem animasi.

Kalau anda inginkan sedikit jenaka hari ini, silalah baca komen-komen yang ditinggalkan netizen tentang Fizi. Memang kelakar. Tak sabar nak tengok banyak lagi filem animasi kita yang boleh menyatukan rakyat dari banyak negara. Syabas penggiat seni Malaysia!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna