Tak Ada Hal Raya Berjauhan, Video Call Whatsapp Kini Boleh 8 Orang Satu Masa!

Pada mereka yang jarang menggunakan servis panggilan video melalui aplikasi Whatsapp, pasti mereka tak tahu selama ni hanya empat orang saja pengguna boleh buat panggilan video dalam satu masa. Sikit kan? Kalau ada kawan baik lima orang, seorang nanti mesti tertinggal, alahai kesiannya!

Tapi, sejak kekecohan wabak berjangkit virus COVID-19 yang menggemparkan seluruh dunia sehingga kebanyakan negara perlu mengeluarkan arahan #stayhome serta menghentikan hampir kesemua sektor ekonomi untuk memutuskan rantaian COVID-19.

via GIPHY

Whatsapp muatnaik taraf…

Ini membuatkan menyukarkan orang ramai berkomunikasi beramai-ramai dalam satu masa dan ramai berpindah ke aplikasi lain untuk berkomunikasi. Jadi, pihak Whatsapp mengambil keputusan untuk menaik taraf perkhdimatan mereka kepada versi beta 2.20.133 (Android) dan 2.20.50.25 (iOS).

Sekaligus membolehkan pengguna menggunakan panggilan video seramai lapan orang dalam satu masa. Berita ini bukan direka-reka tau! Pihak Whatsapp sendiri yang memaklumkan melalui twitter mereka. Wah! Lagi meriah la kalau macam ni.

Langkah penggunaan…

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana cara penggunaannya? Sama saja seperti sebelumnya tapi bagi mereka yang tak tahu cara penggunaanya, jom lihat cara penggunaanya.

  1. Buka chat individu yang hendak dihubungi.
  2. Tekan ikon kamera bahagian kanan atas untuk membuat panggilan video.
  3. Setelah pemanggil pertama menjawab telefon, you guys boleh menekan ikon ‘+’ yang ada di bahagian kanan atas untuk menambah enam orang yang lain.

Mudah sajakan? Hanya tiga langkah mudah! Lepas ni bukan saja boleh digunakan untuk berbual bertanya khabar dengan kawan malah untuk sesi pembelajaran online, meeting online atau lain-lain juga.

Okaylah, team Donna nak video call guna Whatsapp, bye!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pertama Kali Jadi Perantau? Ini 5 Menu Anda Boleh Masak Hari Raya Ini

Meriahkan Raya PKPB Ni Dengan Hantar Kad Raya Guna E-Card Stylo

Sumber: CNNindonesia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna