Tak Ada Duit Nak Buat Rawatan Wajah, Tapi Nak Cantik Macam Selebriti? Ini Caranya!

Wah! Cantiknya muka artis A ni. Kulit licin gebu. Macam mana lah dia dapat kulit macam tu,”

Wanita dan kecantikan adalah perkara yang sinonim. Malah, mesti anda pernah berkata di dalam hati seperti dialog di atas ni kan? Lebih-lebih lagi bila tengok selebriti wanita yang cantik tapi untuk dapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu rajin membuat rawatan muka.

Malah, untuk mendefinisikan kecantikkan, bukan saja pada wajah tetapi dari dalaman juga. Jadi, untuk menjadi individu yang cantik biarlah seiring kecantikan dalaman dan juga luaran. Tapi yang paling penting adalah kecantikan dalaman, kerana akhlak yang baik dapat mengeluarkan aura yang cantik kepada peribadi kita.

Namun, tidak dapat dinafikan, hidup di era 2020 ini, kebanyakkan orang ramai akan melihat kecantikan luaran dahulu baru mereka akan menilai dalaman. Itulah lumrah kehidupan zaman sekarang. Jadi, untuk dapatkan kulit wajah yang cantik. Artikel ini akan membincangkan beberapa kaedah untuk memiliki wajah seperti selebriti! Wah kerlasss kau jah!

  1. Kunyit – Disebabkan kunyit mengandungi Vitamin C, Magnesium, kandungan serat yang tinggi, Vitamin B6, zat besi, Potasium, Mangan, Antispetik serta kandungan Sodium yang rendah. Jadi, di negara India sudah menyedari hal ini kunyit mampu merawat luka kecil pada kulit dan mampu membuatkan kulit lebih cerah. Apa yang perlu anda lakukan adalah, cuma oleskan masker kunyit pada kulit wajah dan biarkan sepanjang malam. Buat pada setiap malam selama dua minggu, lihat hasilnya!

Sumber : perfectbeauty

2. Lidah Buaya – Kandungan dalam aloa vera dari tumbuhan lidah buaya mempunyai protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Jadi, aloa vera mampu menyembuhkankulit dari bekas luka, mengecilkan pori-pori wajah, melembabkan dan melembutkan kulit, serta mampu memberi kulit anda kelihatan bersinar dan segar hanya dalam seminggu sahaja jika anda sentiasa mengamalkan pada setiap malam sebelum tidur. Kena rajin ye!                                                                                                                Sumber : organicfacts.net

3. Putih telur – Seperti semua tahu, putih telur mempunyai vitamic B12, asam amino, protein dan mineral yang mampu menghilangkan jerawat, mencerahkan kulit, menegangkan kulit serta mengurangkan iritasi. Kepada sesiapa yang sering berjemur di bawah sinaran UV, pastikan sebelum tidur oleskan putih telur ini pada wajah anda untuk mengelakkan kulit anda dari rosak akibat terkena sinaran UV. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan minyak pada wajah. Amalkan selama dua minggu berturut-turut, anda tak akan menyesal!

                                                                                                                                Sumber: teen

4. Madu – Siapa saja tidak tahu khasiat madu yang mengandungi asam amino, antioksidan, vitamin, mineral, didominasi oleh jenis fruktosa. Dimana madu mampu mengurangkan penuaan pada wajah dan mampu membuat bibir anda bersinar dan kelihatan segar. Jadi, kepada wanita yang sudah meningkat umur, sebelum tidur hanya oleskan madu pada wajah dan bibir selama dua minggu. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya!

                                                                                                                                Sumber: hellosehat

5.  Air kosong – Pasti sejak anda kecil lagi kita sudah didedahkan agar mengamalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari tapi tidak ramai yang mampu lakukan. Jadi, ini menyebabkan penyakit kanser kulit kerana kulit tidak mampu memproses kulit yang baru. Air kosong ini sebenarnya mampu menyegarkan kulit, memproses semula sel kulit mati dan juga membersihkan jerawat dan lemak yang lain pada kulit. Tapi, pastikan air kosong yang sudah masak ye! jangan minum air kosong yang tak masak lagi. Sakit tekak pula nanti.

                                                                                                                      Sumber: merdeka.com

Justeru itu, kepada yang tidak mampu untuk ke spa untuk membuat laser carbon peel, dermapen, PRP atau whitening, jadikan rumah anda seperti spa! Cuma anda kena rajin je untuk dapatkan kulit wajah yang seperti membuat rawatan harga beribu-ribu. Cuma dapatkan 5 benda ini di kedai runcit dengan harga yang sangat murah! Kulit anda sudah cantik! Selamat mencuba!

 

Sumber: Intrend , Keluarga

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna