Tahukan Anda, Payudara Belah Kiri Wanita Sebenarnya Lebih Besar?

Tengah nak pakai baju, tiba-tiba anda perasan yang saiz payudara anda tak sama besar. Mulalah anda panik dan fikir macam-macam.  Bertenang! Semua itu normal. Mari kami ceritakan kenapa.

Menurut Dr Jessica A. Shepherd daripada Minimally Invasive Gynecology di University of Illinoia, Chicago menyataan ada teori yang bercakap tentang perbezaan ukuran payudara.

via GIPHY

Perbezaan saiz payudara biasanya disebabkan faktor hormon semasa proses puberty. Payudara yang mengalami tingkat estrogen paling tinggi akan mengalami kadar pertumbuhan lebih cepat.

Majalah Menshealth pula menjelasan bahagian kiri tubuh akan lebih sensitif. Ia akan mempengaruhi hormon seperti estrogen yang memainkan peranan penting terhadap pembentukan saiz payudara.

via GIPHY

Selain itu, terdapat juga teori lain yang menjelaskan payudara kiri lebih besar berbanding kanan kerana ia terletak dekat di bahagian jantung. Ertinya, ia memiliki banyak pembuluh darah, urat nadi dan lapisan lemak untuk tujuan melindungi jantung.

Oleh itu, jika saiz payudara anda tidak sama saiz, jangan risau. Namun, sekiranya anda merasakan ada benjolan di sekitar payudara atau bawah lengan, lekaslah berjumpa doktor untuk pemerisaan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Yahoo news

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna