Tahukah Anda, Ubat Gigi Boleh Beri Kesan ‘Lain’ Pada Tubuh Badan Anda?

Seperti semua orang tahu ubat gigi adalah bahan untuk membasmi kuman yang berada di dalam mulut serta membersihkan gigi, lidah, lelangat dan dinding pipi. Ia juga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak dingini.

Namun, adakah anda tahu bahawa ubat gigi mempunyai fungsi yang lain? Mesti tak tahu kan? Tak apa, Donna akan kongsikan kepada anda semua kegunaan ubat gigi yang anda boleh buat dengan ubat gigi anda.

Sumber: livestrong

Melembutkan bibir

Sumber: pexels

  1. Ambil sedikit ubat gigi anda dan sapukan pada keseluruhan bibir. Pastikan rata!
  2. Biarkan selama 2 minit.
  3. Sapu dengan tisu atau kain.
  4. Anda akan dapat rasa bibir anda lembut.

Menghilangkan blackhead

Sumber: allure

Masalah blackhead pada wajah pasti dialami oleh setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita tetapi, ia sering menjadi masalah bagi golongan perempuan kerana mereka merasakan wajah mereka tidak cantik jika mempunyai blackhead.

Jadi, Donna ada cara yang mudah untuk mengatasi perkara ini. Tidak perlu beli produk mahal-mahal pun, lepas berus gigi pun dah boleh hilangkan blackhead dekat wajah, ahaks!

  1. Letakkan ubat gigi pada berus gigi.
  2. Gosokkan pada bahagian wajah yang mempunyai blackhead.
  3. Cuci selama 5 minit.
  4. Cuci!

Mengelakkan rambut bercabung

Sumber: global news

  1. Lenyekkan sebiji pisang
  2. Campurkan dengan ubat gigi sepanjang 6cm
  3. Sapukan pada hujung rmabut yang bercabang
  4. Biarkan selama 5 minit.
  5. Cuci!

Ha! Jangan terkejut ubat gigi anda mampu memberikan anda kecantikan bukan saja pada gigi tetapi pada wajah dan rambut! Apa pun, kami tak jamin segala tip di atas berkesan ya. Ini kerana ia mungkin akan memberikan kesan berbeza mengikut cara penggunaan ataupun masalah yang dialami individu tersebut. Selamat mencuba, ihiks!

 

 

 

 

Sumber: beauty studio

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna