Tahukah Anda, Susu Dalam Tin Sebenarnya Bukan Susu? Ini Penjelasan Doktor

Susu dalam tin boleh digunakan dalam menghasilkan bahan masakan seperti kek, lauk ataupun minuman teh dan kopi. Namun di sebalik perkataan susu itu, susu tin ini bukanlah susu yang sebenar dan ianya mempunyai perbezaan dari segi kandungan susu itu sendiri.

via GIPHY

Pasti ramai yang tidak mengetahui perbezaan susu-susu tin ini dan menganggap ianya datang dari jenis yang sama. Namun menurut Dr. Rusyainie Ramli melalui laman Facebook miliknya, beliau berkongsi tentang perbezaan susu tersebut melalui jenis susu. Posting beliau mendapat lebih 1.5 ribu perkongsian dan lebih 50 pengguna Facebook yang memberi komen.

Krimer Pekat Manis

Krimer pekat manis yang dijual ini mempunyai pelbagai jenama dan banyak dijual di pasar raya. Menurut Dr. Rusyainie, kalau dilihat pada labelnya, krimer pekat manis ini menunjukkan yang ianya bukanlah susu kerana perkataan pertama yang tersenarai adalah gula. Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula dan ianya dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan bukan daripada protein susu binatang seperti lembu.

via GIPHY

 

Ianya lebih murah daripada susu pekat manis dan anda jangan terkeliru dengan susu pekat manis kerana ianya adalah dua produk yang berbeza. Produk ini dipasarkan tanpa kolestrol kerana di dalam tumbuhan tidak mempunyai lemak kolestrol dan kolestrol hanya ada dalam haiwan. Menurutnya lagi, “ Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi. Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.”

Baca:Tip Bersahur Kenyang Sepanjang Hari Oleh Kevin Zahri

Susu Pekat Manis

Susu pekat manis ini berbeza dari krimer pekat manis kerana ianya memang susu dari sumber binatang. Susu ini melalui proses pemekaran, di mana kandungan airnya disejat dan lepa tu ditambah gula. Namun semestinya kandungan gula jauh lebih tinggi dari susu itu sendiri.

via GIPHY

Menurutnya lagi, susu itu dah ditambah lemak susu yang datang dari proses penghomogenan susu. Susu yang mempunyai kandungan air dan lemak ini dilakukan proses mememcahkan lemak pada molekul yang jauh lebih kecil dan hasilnya, penyebaran lemak yang lebih baik di dalam susu. Namun kandungan gula yang banyak serta lemak susu yang hampir 10% kandungannya menjadikan ianya tidak menjadi pilihan sebagai makanan yang sihat.

 

Krimer Sejat

Krimer Sejat pula seakan sama seperti krimer pekat manis kerana ianya bukanlah susu dari haiwan. Ianya adalah dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ianya lebih cair dan rasanya kurang manis. Krimer sejat ini banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea atau sesetengah serbuk susu kambing yang dijual di toko jamu.

via GIPHY

 

Susu Sejat

Susu sejat ini adalah susu daripada haiwan yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit dan susu jadi lebih pekat. Menurutnya, susu ini tiada tambahan gula dan untuk Susu Isian Sejat, adalah susu yang dah melalui proses untuk buang lemak dan diganti dengan lemak minyak tumbuhan dan biasanya lemak minyak sawit.

“Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli. Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik. Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.”

Katanya dalam menutup tulisan posting tersebut.

 

 

 

Baca:

Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tip Mudah Untuk Menanganinya

Ini Antara Waktu Paling Sesuai Untuk Bersenam Di Bulan Ramadan

 

 

 

 

Sumber:Facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna