Tahu Tak Perbezaan 4 jenis Eyeliner ni?

Nak pakai eyeliner yang pensil la, senang sikit! Yang liquid payah nak lukis,”

Eyeliner atau penggaris mata merupakan bahan solekan yang mampu membuat mata anda kelihatan cantik, besar dan tajam. Ia sangat sesuai untuk mereka yang bermata sepet kerana eyeliner mampu membuat mata mereka kelihatan hidup, segar dan besar.

Eyeliner bukan saja terdiri daripada warna hitam tetapi, warna biru, kelabu, coklat cair dan pekat, kuning, putih dan lain-lain lagi untuk membuatkan mata anda lebih menyerlah dan hidup!

Sumber: birchbox

Tidak hairanlah eyeliner menjadi bahan solekan yang penting dalam mencantikkan wajah. Menarik lagi, eyeliner kini mempunyai variasi bentuk yang boleh anda pilih untuk menghias mata anda.

Antaranya adalah cecair, gel, pensil dan juga serbuk. Tetapi, adakah anda tahu apakah perbezaan di antara ke empat-empat ini? Kalau tak tahu, anda tidak salah tempat untuk mengenali jenis eyeliner. Kalau anda sudah tahu, mungkin anda boleh meningkatkan lagi pengetahuan anda.

Eyeliner liquid

Eyeliner liquid ini bentuknya mirip dengan pensil untuk menulis, cuma bezanya adalah bentuk eyeliner tersebut. Permukaan eyeliner jenis ini sangat mudah untuk dilenturkan untuk membentuk kepak di hujung mata.

Tetapi, kepada yang baru saja berlajar memakai eyeliner, mungkin eyeliner jenis ini tidak sesuai untuk anda kerana agak sukar untuk diukis. Perlukan penelitian ketika menggaris mata menggunakan berus tirus.

Untuk memastikan eyeliner liquid tahan lama, anda harus memastikan eyeliner anda sentiasa di tutup rapat supaya ia tidak kering.

 

Gel Eyeliner

Jika anda memerlukan tata rias pada bahagian kelopak mata yang agak menyerlah. Penggunaan eyeliner gel adalah jalan penyelesaiannya, Tambahan pula, eyeliner gel  sering kali digunakan dalam kombinasi dengan eyeliner jenis pensil atau cecair, untuk membentuk garisan di kelopak mata yang lebih wow!.

Ia agak mudah untuk membentuk garisan pada kelopak mata menggunakan eyeliner gel, tetapi sayangnya eyeliner jenis ini sangat mudah kering walaupun anda sudah menutup dengan rapat.

Jadi, ia tidak sesuai kepada yang tidak selalu pakai eyeliner kerana ia akan mengakibatkan pembaziran! Kepada yang selalu dan gemar bersolek, eyeliner gel ini adalah pilihan yang paling bagus!

Pencil Eyeliner

Eyeliner pensil biasanya menjadi pilihan tepat buat anda yang masih lagi baru dalam memakai eyeliner. Walaupun agak leceh kerana anda harus mengasah pensil tersebut tetapi, ia dapat membuatkan mata anda kelihatan natural kerana garisan pensil eyeliner kelihatan tidak kasar.

Untuk pengetahuan anda, pencil eyeliner tidak seperti pensil biasa kerana apabila pensil tersebut jatuh, dakwat batang yang berada di dalam lapisan kayu itu tidak akan patah.

Untuk memastikan pencil eyeliner ini tahan lama, anda harus memastikan eyeliner anda sentiasa di tutup rapat supaya ia tidak mengecut dan elakkan simpan dalam suhu yang panas kerana boleh menyebabkan pencil eyeliner anda lembik.

Kalau tengah make up tu, bolehlah layan lagu dekat bawah ni untuk dapatkan mood!

Sumber: momoko

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna