Tahu Tak Nasi & Roti Basi Boleh Buat Baja?

Nasi basi tu kalau dah berbau, buang je lah!”

Kalau baca dialog atas ni mesti ada yang kata membazir tapi siapa je yang simpan makanan yang dah basi? Lagipun kalau makan sisa makanan yang dah tak elok, perut akan jadi meragam akibat keracunan makanan.

Tapi kalau chuols nak tahu, ada sesetengah makanan yang dah basi pun tetap boleh digunakan untuk tumbuhan sebab bakteria yang hidup pada permukaan nasi dan roti yang dah basi berpotensi menyuburkan tanah. Yeke ni?

via GIPHY

Roti dan nasi basi dapat jadika baja…

Menurut perkongsian seorang wanita, Normala Saad menyatakan hanya menggunakan bahan terbuang dari makanan iaitu roti dan nasi yang sudah basi dapat memberikan hasil tanaman tumbuh dengan lebat dan subur.

Erti kata lain, roti dan nasi basi ni dapat menggantikan baja tanaman. Bukan apa, kadang-kala dah tabur baja pun tanaman tak mekar jadi, dengan alternatif ni mungkin dapat membantu menyegarkan tumbuhan.

Sumber: tebuiringonline

Cara proses…

Bagi memproses nasi basi sebagai baja caranya adalah kisar nasi yang sudah basi bersama air dan siram pada tanaman. Bagi roti pula agak remeh sedikit, langkahnya…

  1. Sekeping roti di carik untuk masukkan ke dalam botol mineral bersaiz besar yang telah disi dengan air hujan atau air tanpa klorin.
  2. Peram roti dan air hujan tadi selama empat hari.
  3. Kemudian, tapis dan siram pada pokok tanaman. Tunggu seminggu, anda akan lihat hasilnya!

Sebenarnya ada cara lain lagi untuk plant booster tapi kami kongsikan dua cara paling mudah ni. Harap bermanfaat untuk mereka yang sukakan bercucuk tanam. Apa lagi? Jom basikan nasi dengan roti, ihiks!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tin, Tong & Ketul, Jangan Keliru Perbezaan Kegunaan 3 Jenis Mentega Ini

Tak Perlu Tepuk-Tepuk! Tengok Kulit Tembikai Je Dah Boleh Tahu Manis Ke Tak

 

 

 

 

 

 

Sumber: majalahilmu

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna