Tahniah! Neelofa Tercalon Dalam ‘Influencer Awards 2019’ Di Eropah

Sudah tidak asing lagi nama Neelofa dalam bidang industri tanah air. Malah, namanya bukan saja terkenal dalam Malaysia tapi hampir di seluruh pelusuk negara. Mana tidaknya, dia pernah dipilih menjadi 10 produk jenama terkenal di seantero dunia.

Kini, sekali lagi pintu rezeki pengusaha hijab Naelofar terbuka luas apabila apabila beliau dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa iaitu Influencer Awards 2019 Monaco yang di pengerusikan oleh keluarga Diraja Monaco.

Fuh! Bukan biasa-biasa Neelofa ni.

Bagaimanapun, pelakon berusia 30 tahun ini mengatakan sudah pastinya dia impikan kemenangan apabila tercalon tapi yang pasti apabila sampai saja dia di sana, dia ingin bergaul dengan orang yang lagi berpengaruh sekaligus dapat mengembangkan rangkaiannya dengan lebih luas.

Dirinya juga berharap supaya kejayaan dirinya yang berjaya tercalon dalam pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang untuk maju ke hadapan. Wah! Usahawan Malaysia kena jadikan Neelofa contoh ni.

Influencer Awards 2019 Monaco yang merupakan anugerah yang berprestij akan diadakan pada 5 dan 6 Disember hujung tahun ini. Semoga Neelofa pulang dengan kemenangan! Tahniah diucapkan daripada Donna.

 

Artikel berkaitan:

“Sesiapa Tolong Lofa!” – Fesyen Neelofa Dikatakan Semakin Pelik?

Pemergian Yang Mengejutkan, Al-Fatihah Buat Bapa Saudara Neelofa, Adamdidam

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna