Tahniah! Neelofa Diiktiraf Entrepreneur Influencer Awards 2019 Monaco

Kalau anda masih ingat lagi, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Shila Amzah, kumpulan nasyid Raihan, Sudirman dan ramai lagi artis tanah air telah menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa dengan bakat lantunan suara mereka. Artis tanah air kita ni kebanyakannya hebat-hebat belaka.

Kini, Neelofa pula antara barisan artis yang menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa. Baru-baru ini beliau yang juga berdarah Kelantan telah diiktiraf sebagai Influencer Awards 2019 Monaco dalam kategori Usahawan. Wah! Pencapaian yang sangat patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Sumber: ig neelofa

Tahniah buat Lofa!

Gambar dan video ketika berlangsungnya anugerah Influencer Awards 2019 Monaco. Meriah betul!

Bagaimanapun, pemilihan pemenang ini dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara timur tengah. Wow! Kiranya kemenangan ini memang beri impak hebatlah dalam diri Neelofa lebih-lebih lagi dirinya perlu bertanding dengan calon-calon yang datang dari seluruh negara.

Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana Neelofa mengembangkan namanya secara perlahan-lahan bermula dari drama yang pernah meletup di bawah arahan Michael Ang, Suri Hati Mr. Pilot sehinggalah membawa nama ke peringkat antarabangsa dengan menjadi duta produk yang berjenama dan terkenal.

2015 – Wangian Lancome, Heaven & Earth, PLUS Apps.

2016 – Neelofa Perfume, Swarovski Jewelry, Bank Rakyat.

2017 – Titan Jewelry, OPPO r6, Tn50 sebagai sumber inspirasi, Putra Holding, Solekan Lancome, yes4G.

2018 – OPPO F7, menjayakan kempen buli siber empen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

2019 – LV Malaysia, OPPO Reno dan banyak menerima jemputan untuk menghadiri ke fashion show jenama terkenal di luar negara dan menjadi muka depan kebanyakan majalah luar negara misalnya majalah Vogue.

Nampak tak, bukan senang nak jadi senang. Kena usaha baru boleh dapat. Ha ni, tahun depan anugerah dan duta apa lah lagi Lofa nak bawa ye? Semoga Lofa terus sukses!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Tahniah! Neelofa Tercalon Dalam ‘Influencer Awards 2019’ Di Eropah ,

Memang Susah Nak Jadi Perempuan – Neelofa

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna