Tahniah! Isteri Syamsul Yusof Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kedua

Puteri Sarah Liyana, isteri kepada pengarah hebat tanah air iaitu Syamsul Yusuf telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka baru-baru ini.

Menerusi posting laman Instagram kedua-dua pasangan secocok ini, sekeping gambar swafoto bersama zuriat kedua mereka telah dikongsikan bersama peminatnya. Wah! Comel betul cucu Datuk ACP Yusof Haslam ni!

View this post on Instagram

Assalammualaikum my lil angel 👼🏻 . . Sumayyah binti Mohd Shamsul ❤️ A very short , simple name mama and ayah chose for u but yet very meaningful.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Berdasarkan kapsyen Puteri Sarah, nama anak kedua mereka adalah Sumayyah. Walaupun hanya satu perkataan saja tapi ia membawa makna penuh indah dan mendalam maksudnya.

Tahniah, Sarah!

Seperti biasa, pengikutya membajiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kerana selamat melahirkan Sumayyah dan memuji wajah si kecil itu yang cukup sempurna sifatnya.


Sumayyah, wanita inspirasi dan sebaik-baik manusia….

Malah, ada juga yang memuji keindahan nama yang diberi anak kedua mereka kerana memahami maksud yang tersirat serta mendoakan agar Sumayyah menjadi anak yang solehah.

Semoga menjadi anak solehah dan berjasa pada ibu ayah…

Tak ada apa yang Donna ingin ucapkan selain tahniah buat kedua-dua pasangan selamat menimang cahaya mata kedua dan selamat berpantang Sarah!

 

 

 

 

Sumber: instagram Puteri Sarah

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna