Tahniah ‘Frontliners’! Malaysia Diiktiraf Antara 5 Negara Terbaik Kawal Wabak COVID-19

Sejak penularan wabak COVID-19 tiba di Malaysia, hampir setiap hari kita menyaksikan sidang media yang melibatkan pelbagai berita berkaitan dengannya. Pengumuman dari langkah penjagaan, penglibatan kes-kes yang terbaru, penurunan kes, kenaikan dan bermacam lagi.

Bukan itu sahaja, dengan pengorbanan barisan hadapan kita yang tidak berhenti bertungkus lumus untuk memastikan negara kita terkawal dari panik dan juga memastikan kita mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi mengawal wabak ini dari terus bermaharajalela.

Sidang media baru-baru ini menceritakan Malaysia merupakan antara 5 negara yang terbaik dalam mengawal COVID-19. Berbeza dengan sidang media yang sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan pengiktirafan itu menerusi sebuah tinjauan global! Tahniah kepada yang berusaha!

Tambahan pula, beliau juga turut menyatakan kejayaan ini sebenarnya adalah pengorbanan dan usaha yang gigih daripada barisan hadapan. Dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan membantu negara mengekang penularan wabak merbahaya itu.

Usaha itu membuahkan hasil dengan menunjukkan kes menjunam turun kepada 1 angka beberapa hari yang lepas. Dalam pada masa yang sama, Donna juga mahu mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang mematuhi langkah-langkah  SOP di mana sahaja anda berada. Usaha ini juga memainkan peranan yang penting dalam membantu memulihkan keadaan.

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna