Syarikat Penghantar Barang Baling Bungkusan, Pengusaha Biskut Raya Rugi Ribuan Ringgit

Sedar tak sedar hampir seminggu kita berpuasa dan ramai sudah membayangkan bagaimana agaknya sambutan Hari Raya Aidilfitri jika kita masih di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Balik kampung atau tidak, raya tetap onz! Jadi persiapan harus dilakukan walaupun secara bersederhana. Tidak ada mood nak buah kuih raya? Beli jela online, kini kan segalanya di hujung jari. Tapi kes viral yang berlaku baru-baru ni agak menyedihkan ramai pihak.

Sumber: wiki

Kisah pengusaha biskut raya…

Biasalah bila beli secara online, risiko barangan untuk mengalami kerosakan tetap ada. Namun, apakah perasaan anda jika kerosakkan barangan sehingga 90 peratus? Sedih baru-baru ini apabila salah seorang pengusaha biskut raya mengalami kerugian sebanyak RM4,000 kerana 90 peratus bungkusan biskut rayanya pecah.

Dah dibungkus baik pun tetap pecah

Perkara ini dijelaskan oleh pemilik bungkusan tersebut menerusi laman Facebook. Dia berkata, pada bahagian kotak penghantaran sudah pun dilekatkan pelekat barang mudah pecah tapi pelanggannya menerima hampir kesemua biskut raya pecah dan hancur dan mengalami 90 peratus rosak!

3 tempat berbeza, kesemuanya pecah…

“Saya dah pun packing kesemua kuih dengan baik sebelum membuat penghantaran ke tiga lokasi yang berbeza iaitu Seremban, Temerloh dan Raub, kesemuanya 144 bekas. Sekotak berangaran 13 hingga 15 kilogram (kg) di mana caj penghantaran saja hampir RM200,” jelasnya.

Tambahnya lagi, apa yang lebih menyedihkan lagi kotak yang sampai pada pelanggan kebanyakannya sudah pun dihurung semut. Maknanya kemungkinan besar bungkusan biskut tersebut telah pecah sejak hari pertama penghantaran lagi.

Akan membuat laporan…

Susulan daripada kejadian tersebut, pengusaha biskut raya tersebut mengatakan dirinya akan membuat laporan untuk pihak syarikat penghantaran menanggung kos kerugiannya. Malah, kesemua gambar telah pun diambil untuk dijadikan bukti.

Menurut posting itu lagi, syarikat yang membuat kesemua biskut raya rosak adalah syarikat penghantaran barang J&T. Hm, mungkin syarikat tersebut perlu membuat tindakan tegas pada pekerjanya yang sering mengambil enteng dengan barangan pelanggan.

Bertabah ye, apa yang berlaku ada hikmah. Semoga selepas dari kejadian ini perniagaan pemilik biskut raya ini semakin laku.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

5 Kuih Raya Yang Semakin ‘Pupus’

Khas Untuk Wanita ‘Busy’ Ini Kuih Raya Ekspres Yang Mudah & Sedap

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna