Syarat Ubahsuai Tanaman Luar Rumah Dengan Cantik

Selain daripada berkeinginan memiliki wajah yang cantik dengan membuat rawatan di spa, ada juga kaum hawa yang cenderung dengan menghiasi halaman dengan tanaman pokok bunga. Biasalah, bunga sering dikaitkan dengan wanita kerana sifat kasih dan perasaan cinta.

Kepada yang sukakan hobi menghias tanaman luar rumah dengan tumbuhan hijau, artikel kali ini amat sesuai untuk anda kerana kami akan kongsikan cara sentuhan alam semulajadi dengan saiz halaman supaya kelihatan cantik dan teratur. Bukan main letak pasu bunga, ada tip juga. Antaranya…

Sumber: google

Pilih dari bentuknya

Menurut New York Botanical Garden, syarat utama sebelum menanam pokok adalah ketahui saiz tumbuhan tersebut kerana ia akan menjadi titik tumpuan. Misalnya, tumbuhan yang menegak akan tumbuh tinggi dan mempunyai daun yang luas dan warna hijau pekat.

Jadi, amat sesuai untuk disusun untuk menutup ruang yang kosong supaya dapat membuat halaman anda kelihatan penuh. Cukup hanya dua atau tiga pokok saja. Tak perlu banyak.

Main dengan warna

Cara mudah untuk kontrakan warna dengan pokok yang lain adalah pilih warna pokok-pokok yang terang dan pelbagai supaya tak nampak halaman yang bosan.

Pilih tanaman yang bukan dalam pasu

Plastik adalah bahan yang paling popular untuk menanam anak pokok. Malah, ada juga plastik sintetik berkualiti tinggi seperti resin poli atau polietilena dalam pelbagi bentuk  dan saiz kerana ada sesetengah individu suka menanam pokok dalam plastik.

Sumber: farming

Tapi, menurut New York Botanical Garden, pokok yang ditanam terus ke tanah lebih kemas dan tidak menggunakan ruang yang banyak sekaligus dapat menjimatkan ruang dan lebih kelihatan cantik dengan warna hijau.

Itulah antara panduan untuk menghias halaman rumah anda. Kepada yang masih tidak tahu lagi, kajian mengatakan bercucuk tanam mempunyai manfaat misalnya meningkatkan kesihatan sosial kerana meluangkan masa bersama bersama alam semulajadi. Selamat bercucuk tanam!

Sumber: Martha Stewart

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna