“Sweetnya” – Gambar Syamsul Yusof & Puteri Sarah Tarik Perhatian Netizen

Pelakon Puteri Sarah Liyana sudah lama mendiamkan diri dalam industri tanah air. Mungkin tak ramai yang kenal pemilik nama tersebut tapi kalau sebut isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof mesti ramai mengenali dirinya.

Mana taknya, selepas mendirikan rumah tangga, Puteri Sarah terus berhenti berlakon, mungkin ingin fokus menjaga keluarga kecilnya. Lagipun sekarang mereka berdua sudah memiliki dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Kalau nak ikutkan, jaranglah mereka berdua ni ada gosip hangat tapi baru-baru ni Puteri Sarah kerap memuat naik gambar mereka berdua di media sosial sehingga berjaya menarik perhatian netizen. Gambar macam mana lah tu ye?

Gambar sweet rupanya…

Walaupun mereka tak selalu tunjuk kebahagiaan di media sosial, lihatlah kemesraan suami isteri ni, tak melebih macam yang belum kahwin lagi tu, #Eh!

Suara netizen…

Rata-rata netizen mengatakan mereka berdua sweet bagai pinang dibelah dua. Hm, memang betul pun!

Bukan apa, susah nak tengok kehidupan Syamsul dan Puteri. Bila kerap Puteri Sarah muat naik, jadi bualan ramai pula. Tapi, biasalah bila nama dikenali apa yang kita buat semua diperhatikan. Apa pun, semoga Syamsul dan isteri berbahagia sampai ke Jannah!

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: ‘Hot Mummy’! Ini Antara Selebriti Meletop Dengan ‘Baby Bump’

 

 

 

 

Sumber: ig Puteri Sarah

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna