“Sweet Sampai Ke Korea!” – Gambar Percutian Zahiril Adzim Dapat Tumpuan Netizen

Mungkin dari namanya, tak ramai yang kenal tapi kalau lihat dari raut wajah pelakon Zahiril Adzim mesti ramai yang akan mengimbas kembali watak Daim dalam sebuah drama TV3, Juvana. Kini, dirinya sudah jarang melibatkan diri dalam dunia hiburan kerana fokus dengan perniagaan dan keluarga.

Tapi baru-baru ini Zahiril dan keluarganya bersama rakan seperjuangan dalam dunia industri, Beto Kusyairy pergi melancong ke negara Korea. Wah! Honeymoon untuk anak kedua pula ke? Ihiks!

Mini love lagi tu!

Apa yang menjadi perhatian para pengikutnya adalah beberapa kepingan gambar yang dikongsi di laman Instagram miliknya. Baguslah pasangan ni, walaupun dah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga, tapi hubungan mereka tetap sweet macam orang baru bercinta.

Comel betul bila keluarga kecil ni bila bergambar

Suara netizen

Netizen kalau bab sweet-sweet ni memang berjaya menarik perhatian mereka. Posting tersebut, dibanjiri komen netizen yang memuji pasangan ni bukan main lagi sweet sampai ke Korea dan ada juga mendoakan hubungan mereka kekal berkekalan.

Biasalah bila dah berumah tangga ni, sebaiknya setahun sekali pergilah bercuti bersama keluarga untuk jauh dari masalah sebentar. Bukan lari ye, cuma release tension je. Tak kira bercuti di tempat yang dekat atau jauh, janji waktu tu hanya untuk bercuti dan berseronok saja.

Ingat! Hidup ni bukan untuk bekerja saja dan terus-terusan memikirkan ujian yang mendatang. Semoga Zahiril dan keluarga sentiasa bahagia. Okayla, Donna nak merancang waktu bercuti pulak, ihiks!

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: Kenapa Perlu Sebarkan Kebencian? Pelakon Juvana Dituduh Pura-Pura Bahagia Di Laman Sosial , Cara Untuk Dapatkan Hubungan Yang Sihat Dengan Pasangan

 

 

 

 

Sumber: ig zahiriladzim

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna