‘Swan Lake’ Beraksi Di Istana Budaya!

Sebut tarian balet mesti anda fikirkan tarian yang menggunakan teknik kaki serta mimik wajah yang bertenaga dan elegen. Untuk pengetahuan anda, tarian ini sebenarnya memerlukan banyak faktor untuk memberi impak kepada penonton. Itulah istimewanya tarian balet.

Kadang-kala, dengan tarian balet penari akan meluahkan apa yang dirasa melalui pergerakkan yang dilakukan. Tak kira sama ada sedih, gembira ataupun kecewa. Jika anda perasan, satu filem animasi iaitu Ballerina, watak-watak utama akan menari ballet untuk meluahkan perasaan mereka.

via GIPHY

Lagipun, di Malaysia tarian ini tidak ditekankan. Iyalah, orang kita lebih memilih untuk memartabatkan tarian budaya melayu iaitu zapin. Tapi, tak salah kalau nak lihat budaya negara lain kan?

Mendalami dan melihat budaya orang lain dapat mengubah persepsi kita. Tak la macam kita macam katak bawah tempurung, yang tak tahu apa-apa tentang budaya lain. Orang mat saleh kata, ‘at least we know’.

Kepada para ibu, kalau nak tahu menari adalah satu pendekatan yang sangat baik dalam membantu memupuk pelbagai aspek perkembangan anak yang sedang membesar dan tidak terhad kepada perkembangan fizikal saja.

Menariknya, tubuh yang digunakan sewaktu menari adalah salah satu senaman yang sangat baik kerana memberi tulang lebih padat sekaligus memberi jantung dan paru-paru lebih sihat.

Oh ya! Ada kebaikan menari lain lagi, antaranya…

  1. Kematangan emosi
  2. Lebih berdisplin
  3. Perkembangan kognitif

Ha.. Kalau nak lihat bagaimana tarian balet ini dipentaskan di depan mata di Istana Budaya pada 26-28 Julai, anda boleh ke atau pergi ke myticket.asia untuk pembelian tiket menerusi atas talian. Selamat bersuka ria!

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna