Suspen Bila Terpaksa Berenang Bersama Buaya Liar!

Belum hilang seram dengan berita viral anak dibaham buaya peliharaan ayahnya, dah keluar filem Crawl yang mempertaruhkan kisah survival dua manusia menentang sekumpulan buaya liar. Jangan main-main dengan buaya okay!

Secara ringkasnya filem Crawl ini berkaitan seorang wanita bernama Haley yang bercita-cita untuk menjadi seorang perenang dan dilatih oleh ayahnya Dave sejak kecil. Suspen bermula apabila Haley berusaha mencari ayahnya yang terperangkap di rumah lama yang ketika itu berada di lokasi bahaya akibat ribut taufan.

Kita bercerita tentang sekumpulan buaya liar yang kelaparan ya, bukan seekor atau dua. Fuh, walaupun jalan cerita filem ini agak ‘straight forward’ tanpa plot twist yang tidak dijangka, namun babak suspen yang diberikan memang terbaik.

Kredit harus diberikan kepada pengarah Alexandre Aja yang menyusun kemas gerak kerja kamera dan grafik sehingga Donna yang menonton ketika itu seperti merasakan berada di lokasi tersebut. Setiap kali serangan dilakukan, setiap kali itu juga kami terkejut dan menjerit cemas. Ha, siapa yang plan nak tonton, pastikan anda kuat semangat tau!

Untuk anda yang gemarkan filem thriller dan aksi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Crawl yang sudah pun berada di pawagam sekarang!

 

Baca juga:

Tinggal Kepala Je, Kanak-Kanak Maut Di Baham Buaya Peliharaan Bapanya

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna