Susahlah Nak Jaga Rambut Panjang, Bertudung Pula Tu!

Tak susah pun untuk menjaga rambut panjang jika bertudung, pokok panggkalnya jangan malas menguruskan rambut! Kalau rasa menyusahkan, botakkan sahaja kepala.Oops!”

Samada memakai tudung atau tidak dan berapa pun usia anda, rambut adalah refleksi diri juga mahkota penting wanita. Rambut yang sihat bukan sahaja mampu membuatkan seseorang wanita tampil hebat bahkan dapat menjalani aktiviti harian dengan selesa. Bagi anda yang bertudung, mesti anda tertanya-tanya kenapa rambut anda sering berminyak, rosak dan berkelemumur kan? Apabila rambut sering tertutup, kadang-kadang ia memerangkap minyak lagi-lagi jika rambut panjang. Rambut panjang juga mudah rosak, ia juga cepat kering sehingga menyebabkan hujung rambut bercabang. Memiliki rambut panjang yang sihat belum tentu ia boleh dikekalkan berikutan faktor persekitaran, gaya hidup dan cuaca.

Sumber: Google Image

Cuba duduk disebelah wanita bertudung, kadangkala hidung pasti dapat menangkap sedikit bau kurang menyenangkan. Itu mungkin menandakan rambut yang terlindung disebalik tudung itu tidak diuruskan dengan baik. Tak susah pun untuk menjaga rambut panjang jika bertudung, yang penting anda tidak malas. Jika bertudung, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering. Ianya adalah kesilapan besar bagi wanita yang bertudung jika terus memakai tudung dengan rambut yang lembab atau basah.  Rambut basah apabila bertutup akan menyebabkan rambut berkelemumur, rosak, berbau hapak dan berminyak.

  • Sebelum tidur, untuk yang berambut panjang cuba gantikan sarung bantal dengan kain jenis satin atau sutera. Jangan terkejut bila anda bangun, rambut dalam keadaan cantik dan kemas.
  • Sejurus bangun tidur, jangan menggunakan sikat rambut untuk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Penggunaan jari jemari dapat mengurangkan keguguran rambut.

 

Sumber Foto: albanianfreepress

  • Pastikan anda mencuci rambut beberapa jam sebelum anda sedia memakai tudung untuk memastikan rambut anda kering ketika bertudung.
  • Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan menggunakan berus rambut berbulu. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.

Sumber Foto: pl.aliexpress.com

  • Jika memilih untuk menggunakan sikat, gunakan sikat jenis Wide-Tooth Combs ketika menyisir rambut yang panjang. Berlainan dengan berus rambut berbulu, pastikan anda mula menyisir pada bahagian hujung rambut terlebih dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
  • Gunakan alat pengering rambut yang sesuai jika bercadang mendapatkan sedikit bantuan ‘bukan’ semulajadi. Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Pengering jenis ini memang bagus untuk rambut panjang.

 

Sumber Foto: aylacream.com

  • Pastikan syampu yang anda pilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.
  • Lindungi rambut daripada pendedahan pancaran matahari, air masin, air berklorin, dan asap rokok. Pencemaran ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.
  • Penggunaan vitamin khas secara konsisten dalam penjagaan rambut dapat membantu rambut yang panjang kekal lembap dan sihat. Vitamin bukan sahaja membantu meningkatkan pengekalan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya.

Mudahkan? Mulakan rutin itu hari ini. Jika anda wanita yang mempunyai rambut panjang dan tidak mengenakan tudung, boleh juga amalkan panduan penjagaan rambut ini.

 

Sumber: gayarambut.co.id

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna