Susah Nak ‘Packing’ Barang! Tapi Jangan Risau, Tip Ini Memudahkan Anda

Yeay! Minggu depan dah nak bercuti. Tapi… malasnya nak packing.”

Ya! Plan nak bercuti memang seronok tapi kalau nak kemas baju dalam bagasi. Allahu… Payahnya nak susun! Kadang tu sampai seharian nak kena hadap barang yang di susun dalam bag supaya muat-muat. Pulak tu banyak barang nak kena bawa, alahai!

Jangan risau, daripada anda pening sorang-sorang tu, lebih baik anda ikuti panduan di bawah ini cara menyusun barang melancong dengan mudah!  

Anda juga boleh membaca untuk artikel Elak Bawa Banyak Barang Masa Travel! Ini Senarai Semak Yang Wajib Bawa

Bekas kecil

Sumber: internet

Cari bekas kecil yang mudah untuk anda masukkan aksesori seperti gelang, rantai atau cincin. Ini kerana, tak adalah nanti berterabur dalam bag.

Bila dah sampai ke destinasi pun, senang je nak bersiap. Tak payah bazirkan masa dok tercari-cari aksesori yang terselit mana-mana dalam celah bag.

Baju mudah kedut

Sumber: cosmopolitan

Kita tak tahu tempat penginapan yang bakal kita menginap menyediakan kemudahan seterika atau tidak. Jadi, untuk memudahkan urusan percutian anda, lakukan ini;

  1. Gosok kesemua baju yang mudah kedut tadi.
  2. Ambil plastik dry-cleaning dan sarungkan pada baju yang mudah kedut tadi.
  3. Kemudian lipatkannya dengan kemas!

Bungkus pakaian

Sumber: cosmopolitan

Selalu kalau anda lihat DIY untuk packing baju yang banyak, mesti panduan mereka menggulung pakaian untuk menjimatkan ruang bagasi. Oh tidak! Cara ini akan membuat baju anda menjadi kedut yang terlampau!

Apa yang anda perlu buat adalah lipat baju anda dengan menindan seluar dan baju bersama. Cara ini bukan saja dapat menjimatkan ruang bagasi anda tetapi, dapat menyelamatkan baju anda dari kedutan serta susunannya kelihatan kemas!

Ikuti langkah melipat seperti gambar di atas.

Spenda dan bra

Sumber: cosmopolitan

Biasalah kalau dah nama pun wanita, dua barang ni mesti wajib bawa ke mana saja! Jadi, untuk menyusun pakaian dengan tidak memakan ruang yang banyak.

Daripada anda mengasingkan kedudukan spenda dan bra, apa kata letakkan saja spenda anda ke dalam mangkuk bra. Jimat ruang bukan?

Malah, ia bukan saja menjimatkan ruang tetapi mengekalkan bentuk mangkuk span bra anda supaya span bra anda masih kekal lagi membulat!

Penutup mandi kepala

Bagasi anda masih lagi ada ruang untuk masukkan sepasang kasut? Tapi, anda takut baju anda akan kotor jika satukan dua barang ini. Mudah saja!

Ambil penutup madi kepala, sarungkan kasut and pada bahagian tapak kasut. Kemudian, letak dalam bagasi anda seperti biasa! Senangkan? Ihiks!

Sumber: cosmopolitan

Krim dan losyen

Sumber: cosmopolitan

Kenapa perlu bawa krim dan losyen yang bekas besar-besar kalau anda boleh jimat ruang dengan memasukkan krim atau losyen anda di dalam bekas yang lebih kecil seperti bekas contact lens!

Cable dan earphone

Mesti susah kalau tengah bercuti, wayar cable dengan earphone berselirat dalam bag! Apa kata, anda masukkan saja dua benda ni dalam bag kecil cermin mata hitam anda. Pastikan anda gulung dengan kemas!

Jadi, Donna harap dengan panduan ini dapat memudahkan anda sebelum anda bergerak makan angin bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Apa pun, dengarkan lagu di bawah ini sambil mengemas baju.

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna