“Susah Nak Debat Dengan Orang Cetek Ilmu”- Akhirnya Dr. Sheikh Muszaphar Bersumpah

Ingat lagi tak isu yang pernah menjadi viral apabila seorang pengguna Facebook, Suhaimi Saad apabila menyatakan bahawa bumi ini berbentuk leper? Kenyataan dia membuat netizen berang kerana dia bermain dengan ayat-ayat Al-Quran yang kononnya membuktikan kefahamannya betul.

Lebih dahsyat lagi, dia membuka kelas privasi khas untuk mereka yang betul-betul berminat untuk menyertai dakwah yang dibawa kononnya untuk megelakkan kecaman dari ramai pihak. Kena kecamlah kalau dah mengajar ajaran sesat. Hm, rasanya masyarakat kita juga lebih bijak untuk membezakan mana yang benar dan apa yang mengarut.

via GIPHY

Tapi, apa yang membuatkan kami buka semula topik ini adalah kerana menerusi akaun Instagram angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi perbualan dirinya dengan seorang individu yang tidak didedahkan nama.

Menerusi gambar tersebut, individu itu mengatakan dia masih menuggu sumpahan atas nama Allah dari Dr Sheikh sendiri bahawa bumi ini bulat. Tapi, Dr turut menerangkan dengan jelas bahawa dia tidak perlu melakukan sebegitu kerana nama Allah bukanlah sesuatu yang boleh dimainkan, malah manusia sudah beri akal untuk sentiasa belajar.

Perbualan Dr dengan individu tersebut….

Saya harap dah selesai selepas ni…

Bagaimanapun, Dr. Sheikh turut meluahkan apa yang dirasa selepas membaca mesej privasi dari individu tersebut melalui coretan kapsyen pada posting tersebut.

Kepada kesemua yang mempercayai bumi ini rata, saya sebenarnya menerima beribu mesej tentang bentuk bumi yang sebenar dan ada daripada mereka meminta saya untuk bersumpah atas nama Allah. Saya ingatkan bila saya dah memberi penjelasan yang cukup untuk mereka mempercayai bumi ini berbentuk sfera menerusi perkongsian gambar dan kenyataan saya pada posting yang sebelum ini tapi sebenarnya saya salah. Saya gagal menyakinkan mereka kerana mereka tetap dengan fakta mitos mereka. Jadi, pada hari jumaat yang penuh barakah ini, saya akan lakukan apa yang mereka inginkan bagi membuktikan apa yang saya nampak dan tahu adalah betul. “Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa bumi berbentuk sfera seperti mana dilihat oleh saya sendiri di angkasa” Saya harap kenyataan ini meredakan pihak mereka dan semua orang. P/S: Susah sebenarnya nak terang atau debat dengan individu yang tidak berpelajaran sebab mereka cetek tentang ilmu pengetahuan am,”

Wah! Padu betul ayat Dr Sheikh kali ni. Terang dengan lembut dan elok-elok tak boleh terima, ha kan dah kena label dengan Dr golongan tak berpengetahuan. Hm, kita ni ada Al-Quran yang sudah pun menjelaskan segalanya, apa perlu kita buat adalah belajar dengan guru yang betul. Bukan ‘buat tahu’.

Suara netizen

Seperti biasa, netizen membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan menyokong kenyataan Dr Sheikh.

Sebelum kita nak berdakwah atau menyampaikan sesuatu, kenalah kaji dan belajar sampai habis. Okay? 

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Suhaimi Saad Gelar Netizan B*d*h  Selepas Dibalas Kenyataan ‘Win’ Dr Sheikh Muszaphar? ,

Cabar Dr Sheikh Muszaphar Shukor Bersumpah? Apa Motif Suhaimi Saad?

 

 

 

 

 

Sumber: ig dr sheikh muszaphar

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna