Suri Rumah Atau Ibu Bekerjaya Lagi Penat?

Suri rumah dan ibu bekerjaya mempunyai keletihan yang sama namun berbeza Mereka bekerja 24 jam sehari tujuh hari seminggu. Maka di sinilah peranan suami untuk berikan isteri anda  me time sebentar.”

(Untuk Video penuh klik sini )

Wanita yang bergelar ibu hari ini mempunyai cabaran dan rintangan yang lebih besar untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak berbanding dekad sebelumnya. Penglibatan dan peranan mereka dalam pelbagai aspek sememangnya tidak boleh dipertikai. Begitupun, ramai yang masih mempertikai menjadi ibu bergelar suri rumah atau ibu yang bekerjaya, masing-masing berebut dan melontarkan pendapat menyatakan mereka lah yang paling penat dalam membantu gerakkan bahtera yang dibina. Sebenarnya setiap daripada mereka mempunyai cabaran tersendiri lebih-lebih lagi apabila pada masa sama mereka perlu memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga pekerja.

 

BERGELAR IBU & PUNYA KERJAYA

 Sumber Foto: 123rf.com

Wanita bekerjaya mempunyai cabaran tersendiri apabila tugas mereka berganda dan sangat memenatkan. Mereka perlu berdepan dengan kerenah orang di pejabat, tertekan untuk siapkan dateline atau soal pergi balik kerja yang saban hari berdepan kesesakan trafik. Balik dari kerja, perlu melayan karenah anak-anak serta kerja rumah yang tidak habis. Namun mereka bernasib baik kerana berpeluang untuk bergaul dengan rakan sekerja, boleh menata rias diri cantik-cantik dan bebas bergerak tanpa anak-anak seketika pada waktu kerja. Tetapi tekanan pasti berganda dengan kerja dipejabat yang tidak habis, kemudian dirumah ada tugas sebagai ibu pula sedia menanti. Namun begitu tidak ada salahnya jika seseorang wanita itu mahu mengutamakan kerjaya, tetapi perlulah bijak membahagikan masa tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

 

BERGELAR SURI RUMAH SEPENUH MASA

 

 Sumber Foto: 123rf.com

Ada ibu lain pula tidak memilih untuk menjadi suri rumah tetapi terpaksa atas desakan kehidupan masing-masing atau kerana perlu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Sebab itu ramai wanita yang berpendidikan tinggi sekali pun, sanggup berkorban meninggalkan kerjaya profesional mereka. Skop kerja suri rumah ini tidak perlu dihuraikan satu persatu. Mereka akan mula melakukan tugas rumah dari awal pagi hingga ke malam setiap hari. Memang tidak ada masa untuk diri sendiri apatah lagi mahu melayan drama televisyen. Terperap seorang diri dengan anak-anak di rumah dan ada yang tidak sempat nak bercampur dengan orang luar. Kalau mahu keluar pun hanya apabila dirasakan perlu.  Walau bagaimanapun suri rumah perlu bersyukur kerana dapat melihat anak membesar di depan mata sendiri tanpa bantuan orang lain. Sekali-sekala masih ada masa untuk melelapkan mata sekejap pada waktu petang sewaktu anak-anak sedang tidur.

Kesimpulannya suri rumah dan ibu bekerjaya mempunyai keletihan yang sama namun berbeza Mereka bekerja 24 jam sehari tujuh hari seminggu. Tidak pernah ada cuti, tidak ada istilah ‘MC’ walaupun bekerja kerana kerja rumah itu tidak akan pernah habis untuk dilakukan sehingga anak-anak membesar. Maka di sinilah peranan suami. Berikanlah isteri anda cuti atau orang sekarang suka cakap me time. Berilah mereka masa sekejap untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Kadang-kadang mereka tidak minta ‘bebas’ seharian pun, cukup sekadar keluar seorang diri sejam atau dua jam tanpa ‘diekori’ anak-anak. Kalau nak tahu, ini tanda-tanda seorang ibu atau isteri anda keletihan dan penat.

 

TANDA SEORANG IBU ATAU ISTERI ITU TERLAMPAU PENAT

Bergelar seorang ibu memang menjadi idaman ramai wanita. Realitinya menjadi seorang ibu adalah sangat memenatkan. Bila dah penat, mulalah perkara, perbuatan dan pertuturan yang negatif akan terkeluar dari sisi seorang ibu itu. Jangan kata wanita bergelar ibu sahaja, semua mahkluk di muka bumi ini jika penat pasti memberontak dan memberi kesan buruk kepada diri sendiri.

Sumber Foto: 123rf.com

  • Mudah lupa – Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat tetapi jika mereka sering terlupa berilah mereka rehat sebentar.
  • Tak peduli – Jika isteri sudah tak peduli dengan anak menangis, baju belum dibasuh atau pinggan berselerak itu tanda mereka keletihan
  • Tak cukup tidur– Pukul 10 malam tidur, pukul11 malam dah bangun semula. Tidur semula dan bangun lagi. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang terlampau.
  • Mudah marah – Bila si isteri asyik marah-marah, itu tandanya mereka sedang penat! Bukan sahaja marah-marah, tetapi membebel tak berhenti.
  • Hilang keseimbangan – Jika isteri mengadu pening kepala dan rumah seakan berpusing. Awas! itu berpunca daripada stres dan penat melampau.
  • Mudah tertidur – Tengah menonton rancangan kegemaran, tiba-tiba si isteri tertidur siap pakej berdengkur. Hmm..biarlah si dia tanpa gangguan, itu maknanya mereka sangat penat.

 

 

Sumber: sekilass sinar mariafirdz.com

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna