Suri Rumah, Belia, Orang Pencen Masih Diberi Peluang Untuk Bekerja Dalam My Gig!

Perubahan dunia ekonomi dari semasa ke semasa sememangnya akan berlaku. Tidak kiralah kita dari negara mana sekalipun perubahan ini tetap akan berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita sebagai rakyat, bijak dalam menyesuaikan diri.

Perkongsian kali ini adalah mengenai peluang yang anda boleh tumpukan perhatian bagi mengelak diri menjadi mangsa peninggalan perubahan ekonomi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam temubual bersama KoolFM baru-baru ini ada bercerita tentang sebuah program yang dilancarkan pada 22 Jun 2020. Program yang digelar My Gig itu dikatakan menawar peluang pekerjaan mengikut keperluan pasaran ekonomi masa kini.

Program ini dilancarkan dek kerana faktor perubahan ekonomi yang menjadi  penyumbang kepada masalah pengangguran. Maka, tujuan utamanya adalah untuk menyerap calon yang mahu menjana pendapatan dalam dunia pekerjaan mengikut pasaran ekonomi semasa.

 

View this post on Instagram

 

Pagi tadi saya ke Sri Pentas di Bandar Utama, pusat operasi @MediaPrimaBhd / @TV3Malaysia untuk wawancara yang disiarkan secara langsung oleh KoolFM. Tajuk hangat kali ini adalah program #myGIG yang baru sahaja dilancarkan oleh Menteri @KBSMalaysia, YB Dato’ Sri @Reezal_Merican dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk @SaifuddinAbd minggu lalu. Usai wawancara, saya dibawa Encik Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Ripple) melawat beberapa studio dan kemudahan di bawah rangkaian Media Prima seperti Balai Berita Buletin Utama @BuletinTV3, Set Rakaman Malaysia Hari Ini @mhi_tv3, Konti Radio @HOTfm976 dan @Flyfm958, serta Studio @BorakKopitiam. Yang tidak berkesempatan mendengar tadi, anda boleh ke ‘Catch-up Kool FM’ di Spotify. Semoga bermanfaat! 😊

A post shared by Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) on

Jika kita lihat, kemunculan Revolusi 4.0 di mana banyak pekerjaan-pekerjaan yang asalnya manual kini berubah ke dalam sektor automatik. Dalam erti kata lain, mesin mengambil alih tugas-tugas manual.

Walau bagaimanapun, My Gig merupakan salah satu langkah yang boleh digunakan untuk membantu golongan yang terkesan akibat perubahan ekonomi semasa. Sebagai contoh, e-Rezeki merupakan satu platform di mana ia menawarkan peluang pekerjaan dan ada yang menawarkan mengikut lokasi masing-masing.

Sepertinya, Get Runner yang hanya boleh digunakan negeri bahagian timur iaitu Kelantan dan Terengganu yang menawarkan perkhidmatan runner atau tugas-tugasan kecil.

Tambah beliau lagi, Glow juga merupakan sebuah platform yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan peluang pekerjaan dari luar negara! Hebatnya!

“Belia adalah aset utama dalam menjana kekayaan negara kerana separuh daripada demografi Malaysia adalah golongan belia!”

Wake up youth! Donna menyokong golongan belia untuk sedar dan kenali potensi diri dan ambil peluang ini supaya kita sama-sama bantu membangunkan semula ekonomi negara. Bukan itu sahaja, platform ini juga boleh digunakan untuk golongan suri rumah yang mahu memulakan perniagaan dan memerlukan bantuan untuk merealisasikan impian itu!

Tunggu apa lagi? Jom google e-rezeki dan bertindaklah bermula sekarang. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna