Sungguh Memalukan! Pukul Isteri Sebab Kereta Calar

Pasangan terbabit bertengkar sebelum suspek secara tiba-tiba naik angin lalu menarik rambut, memukul mangsa dengan tangan dan kayu.”

Sedihnya bila terbaca kisah suami yang sanggup mengamuk dan memukul isterinya hingga mangsa terpaksa menerima tiga jahitan hanya kerana kereta yang dipinjam isteri tercalar. Memetik laporan daripada BhOnline baru-baru ini, wanita tersebut dipukul di depan ibunya sendiri yang ketika itu cuba untuk menghalang menantunya daripada terus membelasah mangsa.

Sumber : myhealthtime

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, mangsa sebelum itu menggunakan kereta suaminya namun dia terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan ada kesan calar pada kenderaan terbabit.

Beliau berkata, pasangan terbabit bertengkar sebelum suspek secara tiba-tiba naik angin lalu menarik rambut, memukul mangsa dengan tangan dan kayu.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri. Mangsa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain turut lebam di mata serta tangan,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau kerana kesalahan memukul isterinya itu sebelum ini.

Sumber : myhealthtime

Had Pukul Isteri

Isteri adalah amanah kepada suami, maka suamilah tempat isteri bergantung harap terutama dalam bab agama kerana suami sepatutnya mendidik dan membimbing ahli keluarganya ke jalan yang diredhai-Nya.

Memukul isteri dibenarkan Islam hanya untuk tujuan mengajar dan ia dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka. Nusyuz itu pula apabila mereka mengingkari perintah suami dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syarak seperti enggan solat atau keluar rumah tanpa izin.

Namun apa yang terjadi kini, pertengkaran sehingga menyebabkan keganasan memukul isteri adalah disebabkan hal-hal remeh dan bukannya hal berkaitan agama atau sepertinya. Sungguh memalukan!

Dalam keharusan memukul isteri, suami dilarang memukul pada wajah dan tidak boleh memukul sehingga me­nimbulkan bekas atau membahayakan isteri. Perlu diingat, isteri yang dinikahi atas dasar suka sama suka dan cinta mencintai itu bukanlah punching bag untuk  dilepaskan kemarahan.

Komunikasi Dua Hala

Adat hidup berumahtangga, pasti akan berlaku salah faham. Sedangkan lidah lagikan tergigit kan. Kita sebagai golongan dewasa yang sudah boleh berfikir haruslah bijak mencari jalan penyelesaian. Lakukan komunikasi dua hala sesama suami isteri. Pastikan ia dilakukan dengan keadaan yang tenang dan tidak melibatkan emosi keterlaluan. Masing-masing ada kelemahan dan cubalah untuk menjadi yang terbaik bagi memperbaiki hubungan yang sudah terjalin. Suami isteri itu sifatnya saling melengkapi. Jika kita kekalkan cara itu, insya-Allah kehidupan berumah tangga akan kekal hingga ke syurga.

 

 

 

Sumber : myhealthtime.ieBhOnline

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna