“Sumpah Terkejut Dengan Personaliti Siti” – Selebriti Dedah Perangai Sebenar Siti Nurhaliza Di Belakang Pentas

Kecoh tiket habis bila penyanyi kesayangan negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti melakukan persembahan di jelajah di empat buah negara baru-baru ini. Setakat ini negara yang berjaya ditawan adalah Indonesia dan Singapura. Hebat Tokti!

Bila dah terkenal pasti gerak-geri kita diperhatikan sampaikan cara melayan anak pun dinilai. Begitulah yang dilakukan oleh salah seorang peminat tegar Tokti yang memerhatikan gelagat penyanyi berusia 40 tahun itu ketika di belakang pentas sebelum beberapa minit melakukan persembahan.

Tulisnya pada kapsyen posting realckfaizal berbunyi seperti “…beberapa minit sebelum persembahan, dia sangat tenang, boleh bersembang, boleh bincang. Sumpah terkejut dengan personaliti @ctdk , langsung tak macam artis lain yang kena ambik moment la, mood swing la, semua salah la, runsing la….”

View this post on Instagram

KONSERT TERBAIK ABAD INI!!! . Alaaa still tk leh move on ngan #sitinurhalizaontour #singapore @ctdk . #kualalumpur mesti lagi gah nnt !! aduh jelesnyaaaa. . Ini gambar sebelum start show, DS @ctdk memang penghibur no. 1 , lagi beberapa minit sebelum show , dia sgt tenang, boleh bersembang, boleh bincang. Sumpah ck terkejut dgn personaliti @ctdk , langsung tk mcm artis lain yg kena ambik moment laa mod swing laaaaa , semua salah laaa, runsing laaa. . @ctdk sgt sgt tenang, sesungguhnya Allah berikan segala kekuatan kepada dia utk terus berjaya. Betul kata org, org baik memang dibalas baik. . Lagi terkejut bila warna baju ck mlm tu sama dgn @ctdk !! perghhhh lagi terlompat-lompat laaaaa. Dan ini gambar pertama dgn @ctdk yg sama nampak sama sama helok dgn dia heheheeh. . APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS SATU PERSMEBAHAN KONSERT YG TERHEBAT!! TIADA KATA YANG LEBIH BAIK SELAIN BERDOA PADA ALLAH SEMOGA DIBERI KESIHATAN, REZEKI, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN PADA DS @ctdk .Amin . JADI KUALA LUMPUR R U READY??!!!!!! . ps: thankss bff 📸 @epie_temerloh terbaik gambar mu!!

A post shared by CK Faizal (@realckfaizal) on

Tidak cukup dengan itu, pembantu peribadi Tokti, Rozi Abdul Razak turut memuji Siti yang amat profesional dalam pengguasaan vokal, dan pembahagian masa dia sebagai ibu juga penyanyi. Lebih-lebih lagi bila beliau mengalami sakit tekak, pasti Tokti menukar gaya nyanyian.

Wah! Hebat betul Tokti, patutlah digelar penyanyi nombor satu tanah air. Semoga dipermudahkan untuk perembahan di konsert seterusnya.

 

 

 

Sumber: insta rozisangdewi , insta therealckfaizal

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna