Suka Sangat Main Telefon, Si Ibu Ini Bagi Pengajaran Pada Anaknya

Menggalas tanggungjawab seorang ibu bukan perkara mudah. Lagi-lagi bila berdepan dengan anak yang akalnya panjang. Ada saja keletah mereka yang kita tak jangka. Ditambah pula dengan hidup dalam era moden dengan teknologi ni, mereka belajar sendiri je dekat internet.

Sebagai ibu yang sentiasa dengan mereka, kitalah yang harus mengawal penggunaan teknologi supaya mereka tidak hanyut dengan perkara yang tidak berfaedah. Tapi, sebenarnya agak sukar untuk menjauhkan diri mereka dengan telefon ni sebab itulah bahan mainan yang boleh mengalih perhatian mereka.

via GIPHY

Dalam kesukaran untuk mengawal si kecil dari ralit bermain telefon, seorang ibu telah mengambil tindakan untuk memberi pengajaran kepada anaknya yang tidak percaya dengan kata-kata ibunya bahawa alat peranti tersebut boleh merosakkan mata.

Apa yang si ibu ini lakukan adalah ketika anaknya sedang nyenyak tidur, si ibu mewarnakan sekeliling mata anaknya dengan solekan bewarna hitam dan keesokkan paginya anaknya menangis kerana terkejut dengan apa yang terjadi pada matanya.

Kejadian ini tular di seluruh media sosial kerana tindakan si ibu yang menggelikan hati netizen. Ha.. Siapa yang ada anak yang degil tak nak kata tu, gunalah trick yang yang memberi kesan mental.

Antara cara lain yang si ibu boleh gunakan untuk mengawal pergerakkan harian mereka adalah…

  1. Tidak menggunakan rotan setiap kali mereka tidak mendengar kata sebab kanak-kanak yang membesar dengan teknologi tidak seperti kanak-kanak dulu.
  2. Gunakan taktik psikologi.
  3. Beri mereka nasihat dengan nada yang lembut tapi penuh dengan ketegasan.

Ya, nampak je mudah tapi kalau tak ada kesabaran yang tinggi.  Habislah! Itu yang ada kes penderaan kanak-kanak. Janganlah sampai macam tu, mereka lah saham kita dunia dan akhirat.

Untuk membaca artikel yang lebih menarik, klik di sini:

 Belum Memiliki Anak Punca Ramai Pasangan Dibuli Keluarga Sendiri ,

Basahkan Tekak Dengan Air 3 Layer Resipi Anak Sulung Datuk Seri Vida

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna