Suka Membawang Tapi Tak Nampak Salah Sendiri?

Kalau jumpa kawan-kawan mesti nak bercerita betul tak? Eh tapi bukan membawang tau, cuma cerita pasal hal orang lain je. Haa salah tu, tahu tak sebenarnya cerita tentang hal orang lain sama ada sudut positif atau negatif masih dikategorikan sebagai gosip. Sudah menjadi lumrah wanita agak sukar untuk menolak gosip, kerana dengan bercerita anda dapat mengekpresikan apa yang anda rasa.

Pasti anda pernah jadi bahan gosip atau anda sendiri pernah membawang pasal orang lain. Sedangkan perkara yang dibicara belum tentu benar dan sahih. Kadang-kadang, anda sibuk bercakap tentang hal orang lain sehingga salah diri sendiri tak nampak, bahaya tu!

Related image

Sumber: glamuniversity

Jika wanita lebih suka bergosip untuk mengatakan tentang pendapatnya mengenai orang lain, tetapi berbeza pula dengan kaum lelaki. Mereka lebih jujur bercakap sesuatu perkara tentang orang lain seperti bentuk tubuh badan gemuk atau rambut yang nipis.

Related image

Sumber: notbody

Haa apa kata sebelum anda membawang pasal orang lain, anda fikir dulu. Mana tahu setiap kata-kata yang anda keluarkan akan melantun balik pada diri sendiri. Bulan puasa ni, banyakkan amal jariah dan ambil kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri. Nak tahu macam mana nak lari dari gosip? Haa anda boleh klik di sini untuk dengarkan Podcast Ais Kacang Eh Apa Cerita Donna episode 14 yang berjudul Lari Dari Gosip di Bulan Puasa! 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna