Suka Makan Bawang? Petang Ni Jom Buat Cekodok Bawang

Untuk pengetahuan anda, bawang holland boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan yang kadang-kadang anda tidak tahu pun. Contohnya, resipi yang akan Donna kongsikan kepada anda iaitu cekodok bawang! Kepada penggemar bawang mesti dah kecur liur dengar nama resipi ni kan? Ihiks!

Ya, selain pisang dijadikan cekodok, bawang pun boleh dijadikan cekodok! Ia sangat sesuai untuk dijadikan hidangan cekodok pada waktu pagi mahupun petang kerana ia sangat mudah untuk dibancuh.

Sumber: pexels

Untuk mengetahui apakah bahan yang diperlukan untuk membuat bancuhan cekodok bawang ini, anda boleh rujuk panduan ini :

Bahan-bahan

  1. Bawang Holland (mengikut citarasa)
  2. Tepung (mengikut sukatan anda)
  3. Garam (mengikut citarasa)
  4. 1 biji telur
  5. Air suam
  6. Minyak masak

Cara membuat

  1. Belah dua bawang holland dan potong hiris.
  2. Masukkan tepung mengikut sukatan anda ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan sebiji telur.
  4. Campurkan air suam dan gaulkan sehingga tepung menjadi likat.
  5. Masukkan minyak masak yang sudah di panaskan sebanyak 1 sudu untuk tepung menjadi ranggup.
  6. Kemudian, masukkan bawang holland yang sudah dihiris tadi ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  7. Ambil senduk dan gorengkannya sehingga coklat keperangan.
  8. Sedia untuk hidangan.

Nota;

  1. Apa yang dimaksudkan dengan mengikut citarasa dan sukatan anda adalah mengikut berapa orang yang hendak menjamah hidangan anda.
  2. Untuk lebih sedap lagi, cicah bersama kuah kari atau sos cili.

Nyum! Nyum! Donna rasa lapar pulak bila kongsi resipi cekodok bawang ini dengan anda. Apa pun, selamat mencuba ye!

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna