Suasana Saudara Gaza Berbuka Puasa Di Celahan Runtuhan Banggunan

Bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan untuk umat Islam mengejar pahala yang berganda, tapi tidak pada saudara kita di Gaza kerana hidup mereka diselebungi dalam suasana ketakutan dengan serangan hebat dari Israel yang semakin menjadi-menjadi.

Menurut sebuah laporan, serangan Israel bertubi-rubi sejak 6 Mei lalu sehingga menyebabkan seramai 24 mangsa terbunuh dan 70 orang tercedera. Antara golongan yang terbunuh adalah dua orang perempuan hamil, tiga orang bayi termasuk pasukan medik.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, serangan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan, ketika umat Islam di seluruh dunia sedang melakukan persiapan untuk ibadat berpuasa.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pihak mereka akan melakukan serangan besar-besaran di Jalur Gaza bermula pada hari pertama umat Islam menunaikan ibadat puasa. Tidak cukup dengan itu, pesawat jet tempur dan kapal perang melepaskan 600 roket ke tanah palestin secara berterusan.

Apa yang lebih menarik perhatian kami apabila pengguna Facebook memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan suasana rakyat Gaza sedang bersedia untuk menunggu berbuka puasa.

Keadaan mereka sangat sadis, tidak berbumbung, mahupun berdinding. Hanyalah meja makan dan kerusi diletakkan di celahan runtuhan banggunan. Namun, wajah mereka sedikit pun tidak  menunjukkan kesedihan.

Bersyukurlah kita  kerana diberikan rezeki bersahur dan berbuka dalam keadaan aman bersama yang tersayang. Semoga, rakyat Gaza yang terkorban ditempatkan orang yang beriman dan mereka tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.

 

 

 

 

Sumber: Facebook Hamza

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna