Suasana Romantis Berbulan Madu, Tempah Resort Di Atas Air?

Zaman sekarang nak pergi mana-mana semuanya pakai duit yang banyak. Pening lah macam ni! Nak pergi bercuti luar negara kena plan cuti awal-awal, nanti tak dapat cuti dah kena cancel pula tiket flight. Kesian dekat pasangan, baru nak berbulan madu untuk kali kedua, dah tak jadi. Tapi buat apa nak pergi jauh-jauh, hello dekat Malaysia ni pun ada tempat menarik malah anda juga boleh berjimat.

Kali ini Donna beri anda pilihan resort yang bukan biasa-biasa, tetapi yang paling menarik ianya berada di atas air. Haa sama ada berkunjung dengan pasangan, atau keluarga memang sesuai sangat!

Mabul Water Bungalows

Related image

Sumber: pulau malaysia 

Pulau ini telah dianugerahkan sebagai ” the best dive bases in in the world” disebabkan kejernihan air laut di situ. Haa sekali tengok pemandangan, tenang je hati. Mempunyai dekorasi gaya moden di villa terapung ini menjadikan ianya kelihatan lebih mewah dan jangan risau kalau takut tak dapat nak upload gambar di media sosial sebab tak ada internet, kerana di sana mereka menyediakan kemudahan wifi, so senang lah nanti nak update story!

Pom Pom Island Resort and Spa 

Image result for pom pom island

Sumber: booking

Perjalanan mengambil masa selama 45 minit dengan menaiki bot, anda pasti akan terpesona dengan pemandangan dan suasana damai di Pom Pom Island. Selain menikmati pemandangan yang indah, apa kata anda ajak pasangan untuk melakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.

Avani Hotel Sepang 

Image result for avani hotel sepang

Sumber: booking

Agak-agak duit tak cukup atau save budget, haa tak perlu pergi jauh-jauh cukup dengan hanya anda bercuti di Avani Hotel kerana mereka menawarkan servis yang baik pada harga yang berpatutan.

Pangkor Laut Resort 

Image result for pangkor laut resort

Sumber: booking

Bukan hanya boleh menikmati deruan ombak, malah bagi yang takut untuk mandi laut tu anda boleh berendam di kolam infiniti dan menjelajah di sekitar pulau ini.

Haa menarik kan? Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat plan ajak pasangan anda untuk merasai honeymoon yang lain daripada yang lain.

 

 

 

 

 

Sumber: thevocket

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna