Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Banyak Penceraian Berlaku Di Malaysia

Alasan remeh seperti suami tidak suka mandi, suami tidak tahu menunggang motosikal malah suami pakai baju sama selama seminggu menjadi punca perceraian.”

Isteri yang suka mengikuti rombongan beramai-ramai, membasuh baju pada waktu malam, berebut rancangan televisyen dan suka makan dalam kereta, perbezaan fahaman politik, gaji suami lebih rendah, pasangan tidur berdengkur dan gemar membeli-belah antara punca berlakunya penceraian dalam kalangan pasangan muda. Punca ini telah didedahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berdasarkan laporan sebuah portal berita yang memetik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Kebanyakan kes penceraian yang difailkan oleh pasangan itu adalah atas faktor yang remeh. Mengulas lanjut, Hannah berkata, sebanyak 2,932 kes perceraian di bawah usia perkahwinan lima tahun bagi orang Islam di Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan direkodkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 2013 hingga 2017. Bagi bukan Islam pula, sebanyak 14,440 kes direkodkan bagi tempoh sama berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

via GIPHY

Sibuk ber-WhatsApp dan melayari media sosial pula menjadi antara punca tertinggi permohonan cerai di Johor. Ada pasangan dikatakan terlampau leka dalam dunia siber sehingga mengalami keretakan dalam rumahtangga  terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah. Kenyataan ini pula telah diberitahu sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Aminolhuda Hassan

“Bagaimanapun, pengabaian tanggungjawab dan nafkah masih lagi punca utama perceraian di negeri ini. Berikutan itu, semua pasangan perlu sedar kewujudan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi menjaga hak dan mengelak pengabaian pasangan dan anak. Biasanya isteri menjadi mangsa penderaan, ada yang ditampar atau dipukul, namun sejak kebelakangan ini kita ada menerima aduan lelaki menjadi mangsa termasuk digigit pasangan mereka,” katanya.

Semalam, timbul lagi isu yang sama iaitu antara kes penceraian di Pahang berpunca daripada perkara remah seperti suami tidak suka mandi dan tidak tahu menunggang motosikal. Melalui petikan di portal online Harian Metro, menurut Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain, sejak dua tahun lalu, pihaknya menerima 5,000 permohonan berkahwin dan dalam tempoh sama sebanyak satu perlima daripada jumlah itu memohon untuk bercerai.

via GIPHY

“Kadang-kadang yang datang untuk mohon bercerai apabila kita adakan sesi kaunseling alasan memang remeh. Isteri mengadu suami tak pandai menunggang Motosikal, dia (isteri) hari-hari kena hantar suami ke tempat kerja. Dalam kes ini saya cuba menasihatkan suami dengan cara positif supaya dia boleh berubah ke arah kebaikan.“

via GIPHY

“Ada juga  yang mengadu suami tak suka mandi sampai seminggu, baju pun tidak mahu tukar. Kes ini kita akan tekankan aspek kebersihan kepada suami dan selitkan hadis mengenai kebersihan yang dituntut oleh Islam. Jadi kita cuba menyelamatkan perkahwinan mereka dengan mengadakan sesi kaunseling dan beri tempoh kepada pasangan untuk berubah,” katanya.

 

 

Sumber: hmetro.com.my /hmetro.com.my

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna