“Suami Pakai Baju Kelawar Isteri Bukan Buang Tabiat, Itu Kreativiti” – Perdana Menteri

Minggu ini saja sudah masuk tiga minggu seluruh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sifat kedegilan sesetengah rakyat Malaysia melanggar perintah dikeluarkan tak payah cakaplah, malam semalam saja berita TV3 melaporkan hujung minggu ini naik sebanyak 51% rakyat gagal patuhi PKP.

Kalau tiada sikap tanggungjawab daripada semua orang, tak berayalah kita nampaknya. Haih, tapi sekarang kita ketepikan isu ini. Kita lihat pula ragam sesetengah rakyat Malaysia yang duduk di rumah. Ha, this is how we do it!

Viral di media sosial para suami dan anak lelaki gemar memakai baju kelawar isteri. Selesa katanya… alahai baru tiga minggu duduk rumah dah macam-macam benda baru rakyat kita cuba ye. Masuk minggu ke empat ni apa la pula.

Ucapan Perdana Menteri…

Lebih lucu lagi apabila pada petang semalam dalam ucapan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, beliau ada memetik tentang isu ini.

Katanya, ini bukanlah sikap buang tabiat disebabkan lanjutan PKP tapi kreativiti individu sendiri untuk menghilangkan rasa bosan di rumah.

Lihatlah, macam-macam la telatah rakyat Malaysia ni, ada yang comel dan ada yang buat orang geram sampai kena kecam. But its okay! Pakai kelawar tak apa, jangan makan kelawar okay? Opps!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penting! Koronavirus Boleh Lekat Pada Baju, Ini Cara Nak Cuci

“Tak Nak Kena ‘Jolok’, Duduk Rumah,” – Doktor Ini Tunjuk Cara Rawatan COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber: raihanaroslanpamellah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna