Suami ‘Makan Luar’ Berpunca Isteri Tak Menyelerakan, Sejauh Mana Kebenaran Streotaip Ini?

Di laman media sosial sedang hangat membincangkan topik tentang punca suami ‘makan luar’ disebabkan kegagalan si isteri menjaga penampilan selepas saja berkahwin dan topik ini berjaya membuat kami terpanggil untuk memerhati dengan mendengar suara para wanita yang sebenar. Jika benar, mesti ada jalan penyelesaian.

Menerusi pemerhatian kami di laman media sosial, ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini. Tapi, tetap ramai yang bersetuju kegagalan isteri menjaga penampilan menjadi masalah rumah tangga. Nak atau tak isteri kena utamakan penampilan.

Malangnya, ramai yang tahu menunding jari tapi tak ramai yang cuba menyelesaikan masalah ini. Cuba fikir semula, bagaimana keadaan penampilan si isteri sebelum mereka berkahwin sehingga ada yang jatuh hati pada mereka. Pasti cantik bukan? Jika alat solekan dibeli setiap bulan, ada sahaja baju dengan koleksi terbaru di almari pakaian, dan paling tidak ke spa sebulan sekali. Waduh, mesti persis puteri kalau begitu.

Menurut seorang wanita yang hampir 2 dekad di alam gerbang perkahwinan, para isteri bukan tak nak melaram tapi disebabkan kekangan komitmen dan soal kewangan.

“Kadang-kala belum sampai tengah bulan, suami dah merungut kata duit tak cukup. Takkanlah kami tergamak nak minta suami belikan baju dan tudung baru pula. Ikat je la nafsu nak mencantik, nafsu nak shopping,”

via GIPHY

Tambahnya lagi, jika inginkan isteri yang sentiasa cantik seperti anak muda, dia meminta supaya para suami membantu dalam menguruskan rumah tangga supaya si isteri ada ‘me time’ dan yang paling penting tak lokek duit untuk melabur pada isteri dengan menghantar mereka membuat rawatan hilangkan lemak di perut, tegangkan kulit wajah, melicinkan kulit tubuh pada setiap bulan.

“Sebenarnya masyarakat atau sesiapa saja tak boleh tunding pada isteri je kalau suami pun gagal berusaha mencantikkan isteri mereka. Sudahlah gagal mencantikkan isteri, kuat complain dan jalan penyelesaian ‘makan luar’. Sanggup melabur duit pada perempuan yang bukan mahram. Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan?”

Ada benarnya apa yang diterangkan oleh wanita yang tidak ingin namanya didedahkan. Dalam hubungan rumah tangga perlu ada kerjasama. Jika ingin isteri kelihatan cantik, cuba usaha bersama-sama mencantikkan dirinya. Jika tidak, para suami harus terima seadanya bukan ‘makan luar’. Ia langsung tak menyelesaikan apa-apa masalah.

via GIPHY

Suara netizen

Bukan itu je, suara netizen di media sosial juga berpendapat yang sama supaya suami yang memain peranan besar dalam mencantikkan isteri malah, ada juga yang mengatakan kecatikkan bukan saja luara tapi dalaman juga.

Secara logik, jika seorang lelaki ingin mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang wanita, pasti pilihannya itu mempunyai kecantikan luar dan dalam. Bukan selepas kahwin, baru nak menilai.

        

Nasihat dari ustazah Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad

Nasihat ini khas untuk para suami yang berniat untuk mencari pasangan baru disebabkan merasa isteri sudah tidak menyelerakan.

Posted by Seindah Pelangi Petang on Thursday, October 3, 2019

Cuba berdiri depan cermin dan lihat diri kita sebelum nak mencari kesalahan pasangan. Manusia tidak pernah sempurna. Sama-sama cuba lengkapkan mana yang tak sempurna. Okay?

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan ,

 Ramai Yang Salah Cara Guna Cream Bawah Mata, Bukan Main Sapu Je Tapi

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna