Suami, Keluarga & Peminat Bagi Ella Semangat Meneruskan Karier Seni

Penyanyi Ratu Rock tanah air kita, Ella, bakal mengadakan konsert Ella Unplugged Live in KL yang akan berlangsung di Istana Budaya selama 3 hari berturut-turut bermula pada 29 sehingga 31 Mac ini.

Bagi membangkitkan bahang kehangatan konsert Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, team Donna sempat meluangkan masa hampir sehari bersama beliau.

Dengan kesempatan yang ada ini, Donna mengambil peluang untuk mengorek sejarah dirinya 3 dekad yang lepas sebelum beliau terjebak dalam dunia industri dan di sebalik kisah kejayaan beliau.

Katanya, memikul gelaran Ratu Rock tanah air yang diberikan oleh para peminatnya amat berat sebenarnya kerana  untuk mengekalkan momentum sebagai penyanyi Rock bukan perkara yang mudah. Tetapi, selagi terdaya dan termampu, dia akan barikan yang terbaik.

“Pada mulanya, dekat sekolah saya selalu masuk pertandingan menyanyi atas dasar suka-suka je lepas tu ada masuk kelas vokal dan kadang-kadang tu buat persembahan dengan abang Lord. Tiba-tiba abang Lord tanya saya, nak tak bernyanyi secara berkumpulan? Bila saya fikir balik, apa salahnya mencuba benda baru memandangkan masa tu saya sudah pun tamat zaman persekolahan. Jadi, dari situlah tubuhnya kumpulan Ella & The Boys.

Sumber: YT

Sebenarnya, minat saya terhadap genre rock ini secara tak sengaja. Ini semua disebabkan abang-abang saya yang suka layan lagu Rock & Roll tapi tak semestinya genre muzik yang lain saya tak layan, saya suka layan je tapi rock sudah sebati dengan jiwa saya,” katanya ketika ditemubual di Studio Banglo Nine.

Seterusnya, kunci kejayaannya sepanjang 3 dekad menapak dalam bidang nyanyian adalah semangat dari keluarga dan suaminya kerana insan ini lah yang sentiasa ada dibelakangnya waktu beliau diuji dengan pelbagai ujian. Lebih-lebih lagi ketika orang ramai menggelar dirinya party girl suatu ketika dahulu.

“Itu yang bila nyanyi lagu Standing In The Eyes Of The World, memang rasa kena sangat dengan kehidupan saya. Dengan peluang yang ada ini, saya ingin berterima kasih kepada suami, keluarga dan peminat kerana menyokong saya dari dulu sampai sekarang.

Tanpa mereka tak ada lah saya di sini sebab ikutkan hati memang nak berhenti bernyanyi tapi disebabkan semangat peminat, mereka buat diri saya rasa diperlukan lagi dalam dunia hiburan dan saya teruskan juga,”

Apabila ditanya tentang siapakah dirinya jika tidak bergelar seorang penyanyi, beliau menjawab kemungkinan besar dirinya bekerja sebagai seorang setiausaha yang memakai kasut tumit tinggi, skirt, berpakaian serba cantik dan sedang sibuk membuat pekerjaan-pekerjaan di pejabat.

Konsert ‘Ella Unplugged in KL” akan menampilkan hit seperti Pengemis Cinta, Rama-Rama, Standing In The Eyes Of The World, Simbiosis dan Sepi Sekuntum Mawar Merah yang akan dialunkan dalam bunyi akustik diiringi pemuzik terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna