Suami Jangan Cepat Gelabah Bila Isteri Meroyan! Kenali 4 Tanda Kecil Ini

Sangat beruntung apabila sebuah pasangan dianugerahkan cahaya mata dan dapat bergelar sebagai seorang ibu bapa. Namun ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diharungi, tambah-tambah lagi buat kaum Hawa pasti ia adalah pengalaman hebat yang tidak dapat anda lupakan.

Mungkin ramai yang menganggap bahawa fasa meroyan buat para ibu selepas melahirkan anak adalah disebabkan kemurungan melampau. Sebagai seorang suami, penting untuk anda mengambil tahu dan menitikberatkan tentang ilmu penjagaan isteri sebaik sahaja mereka selesai bersalin untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, seramai 600 000 wanita mengalami masalah depression selepas bersalin. Perkara ini mungkin akan bertambah serius jika tidak dikawal dan dicegah, kerana itu kes seperti bunuh bayi atau mendera anak kerap berlaku pada masa kini.

Jadi jom luangkan masa anda dan suami, untuk membaca 4 simptom kecil yang boleh berlaku pada wanita selepas bersalin.

Related image

Sumber: everydayhealth

Brain Fog

Eh dia ni wayar putus ke lepas bersalin? Haa mungkin ramai yang sering menjadikan ia bahan gurauan apabila pasangan anda mudah lupa tentang sesuatu perkara selepas melahirkan anak. Tetapi suami harus ambil tahu dan jangan pandang remeh! Anda perlu tahu bahawa kemurungan boleh memberi kesan kepada memori dan emosi  seseorang.

Berfikiran Negatif

Apabila wanita berada dalam tahap kemurungan risiko untuk  mencederakan atau meletakkan anak di dalam keadaan bahaya adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, mungkin anda akan rasa ingin mencederakan anak jika dia menangis terlalu lama atau ingin melarikan diri daripada semua orang kerana rasa serabut. Jangan malu untuk dapatkan bantuan keluarga mahupun orang yang lebih profesional sekiranya ada mempunyai simptom ini.

Related image

Sumber: clinical

Marah Atau Baran

Bila lepas bersalin ni, rasa asyik nak naik angin je? Ada je perkara tak kena jika pasangan atau rakan kerja walaupun ianya adalah perkara kecil. Anda perlu tahu bahawa perasaan mudah marah adalah salah satu tanda kemurungan yang berlaku terhadap diri anda. Mungkin anda selalu memendam rasa dan perasaan itu membuak-buak sehingga anda mahu melepaskan pada orang lain.

Rasa Kosong

Dah ada anak sepatutnya lebih rasa bahagia , namun tak dapat dinafikan bahawa wanita akan mudah berasa kosong dan tidak mempunyai apa-apa perasaan sama ada perasaan empati mahupun emosi. Jika anda mula merasakan bahawa anda tidak perlu mengharapkan sesiapa lagi dalam hidup dan tidak berasa teruja dengan anugerah yang diberi, ia adalah tanda kemurungan selepas bersalin.

Mengalami masalah meroyan atau kemurungan ni, bukanlah sesuatu perkara yang boleh dijadikan bahan gurauan dan anda yang mengalaminya tidak perlu malu untuk berkongsi dengan suami mahupun keluarga untuk mengelakkan keadaan tidak bertambah teruk. Sebagai seorang ibu penting untuk anda menjaga kesihatan dengan baik, kalau anda tidak sihat siapa yang mahu menjaga anak-anak nanti?

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Anak Exam Mak Bapak Takut Lebih, Ini Amalan Rohani Yang Boleh Dipratikkan

 

 

 

 

Sumber : healthway 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna