Suami ‘boleh’ rogol isteri?

Rogol ibarat mimpi ngeri buat semua wanita dan ia mampu mendatangkan trauma berpanjangan dalam hidup mangsa. Lebih membimbangkan, perlakuan rogol ini juga berlaku dalam perkahwinan. Dah kahwin pun dikira rogol ke? Jika benar ia dikira rogol, bolehkah laporan polis dilakukan kepada si suami?”

Sumber foto: komentar.mk

Rogol dalam perkahwinan bukan kesalahan

Pelbagai persoalan timbul dan di beberapa negara lain, perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri dikira sebagai satu jenayah.

Tetapi di Malaysia, perlakuan rogol dalam perkahwinan sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus membuatkannya tidak dilihat sebagai kesalahan buat masa ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata pesalah lebih cenderung untuk dilepas berbanding disabitkan dengan kesalahan itu.

“Kerajaan mengambil kira semua faktor dan berasa belum tiba masanya menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai kesalahan.

“Bagaimanapun, jika ada kes membabitkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak wanita terjamin,” katanya.

Sumber foto: stepfeed

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk kaji rogol dalam perkahwinan

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pernah ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan berkaitan rogol dalam perkahwinan.

Jawatankuasa itu mengesyorkan peruntukan khusus iaitu jika suami mencederakan isterinya atau meletakkan isterinya atau orang lain dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan tujuan mengadakan hubungan seks, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun.

Pendirian ini tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama. Dalam konteks ini, apa yang ditekankan adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami ke atas isteri.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun Seksyen 375 Kanun Keseksaan memperuntukkan pengecualian persetubuhan suami isteri dalam perkahwinan sah dan masih berkuat kuasa di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol, ia bukan imuniti kepada suami.

Oleh itu, katanya, kerajaan mengekalkan peruntukan berkaitan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.“Ia memandangkan kesalahan mendatangkan kecederaan ke atas isteri bagi mengadakan hubungan seksual sudah diperuntukkan mengikut Seksyen 375A kanun sama,” katanya.

 

 

 

Sumber: Steemit,BhOnline

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna