Suami Boleh Lakukan 5 Perkara Ni Bila Isteri Kaki ‘Shopping’

“Abang baju yang ni cantik tak? “

Setiap kali dapat gaji atau ada sahaja musim perayaan mesti anda takkan terlepas untuk shopping kerana kebiasaannya mereka menawarkan harga barangan yang lebih murah. Lepas tu, mulalah anda akan nampak suami yang keletihan tersadai di luar butik kedai sambil jaga anak, pegang telefon dan ada yang duduk siap sambil main game lagi!

Kesian dekat pasangan, mungkin anda sudah berada dalam dunia yang lain sebaik sahaja masuk ke dalam pusat beli belah tapi kena tahu juga bahawa suami anda akan terpaksa menunggu lama dan mula berasa bosan. Jadi nak elakkan pasangan anda daripada ‘rasa’ macam-macam, lepas tu mood kelaut. Jom lihat 5 perkara yang mereka boleh lakukan ketika anda sedang sibuk shopping.

Related image

Sumber: keepo

Bawa Barang Keperluan Pasangan 

Bagi yang suka menghabiskan masa dengan telefon, pastikan anda membawa powerbank untuk mengelakkan bateri habis. Sambil tunggu isteri pilih baju tu mungkin anda boleh menghilangkan rasa bosan dengan membaca. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bawa surat khabar atau majalah kegemaran suami supaya mereka leka sepanjang tunggu anda sedang shopping.

Komen Yang Positif Je Ok 

Sifat wanita ni kalau dibiarkan lama untuk memilih sesuatu barang memang takkan habis hiks! Kalau shopping dengan suami mesti anda akan minta pandangan mereka untuk memastikan barang yang dibeli sesuai atau tidak dengan anda. Haa untuk si suami tip nak elakkan isteri anda lama semasa membeli-belah, beri komen yang bijak dan positif supaya boleh mempercepatkan keputusan yang dibuat oleh isteri. Jangan bagi alasan tak pandai, kena lah belajar dari sekarang okay!

Image result for men talk with other guy

Sumber: the nest

Cuba Cari Kawan Baru 

Sambil rehat di kerusi, apa kata cik suami mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan orang baru. Yela, kadang-kadang dah penat main phone, apa salahnya anda ringan mulut untuk bertegur sapa dengan rakan di sebelah yang senasib dengan pasangan anda. Selain dapat kawan baru secara tak langsung boleh mengeratkan silaturahim sesama sendiri, betul tak?

Image result for me hold stroller

Bawa Kelengkapan Anak 

Cik abang siap sedia ye! Kalau dah tahu isteri nak shopping, pastikan barang keperluan anak-anak telah disediakan secukupnya. Sebab suami akan take over tugas isteri semasa shopping. Haa kalau tak nak keadaan kelam kabut, minta isteri untuk ajar dan tunjuk setiap barang-barang yang sering digunakan untuk anak-anak.

Makan Dan Minum Dulu 

Bukan wanita je mood swing kalau tak makan lagi, sebenarnya lelaki pun sama tau. Persiapkan diri dengan makan terlebih dahulu sebelum anda teman isteri shopping.

Haa jadi dengan adanya tip ni, boleh la bantu para suami elak rasa bosan bila dapat isteri yang kaki ‘shopping’ tu.

 

Artikel berkaitan:

Selalu Terlebih Belanja Barang Dapur? Kawal Nafsu Dengan..

Kalau Poket Tebal, Silap-Silap Shopping Mall Pun Aku Beli!

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna