Stresnya Bila Anak Cerewet Makan!

Stresnya apabila tiba masa makan, anak tidak mahu langsung sentuh makanan. Puas berlari dan berkejaran semata-mata untuk pujuk si kecil makan.”

Ramai sebenarnya ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak, merungut si manja mereka mempunyai masalah untuk makan.  Dengan kata lain sangat cerewet untuk makan. Sudah bermacam-macam petua dan cara dilakukan agar anak makan mengikut waktu untuk menjamu selera, tetapi tidak juga jalan. Anak yang cerewet makan memang meresahkan, mana tidaknya banyak kesan negatif akan timbul seperti pertumbuhan terbantut, jangkitan penyakit, risiko masalah pemakanan, kelesuan serta tidak berminat untuk bermain dan belajar. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anda berdepan dengan anak yang cerewet makan.

Sumber Foto: pexels.com

Ibu bapa jangan malas! Anda hendaklah menyediakan makanan yang sesuai dengan usia anak iaitu membekalkan pelbagai makanan untuk si kecil rasa dan punya peluang memilih. Dengan cara ini, anak dapat peluang untuk merasa menu sajian mana menambat hati. Pelbagaikan menu masakan tidak terhad hanya 2 hingga 3 jenis sahaja. Berikan anak pilihan untuk menentukan berapa banyak yang mereka mahu makan. Ini akan merangsang selera anak lantas membaiki masalah cerewet makannya.

Sumber Foto: pexels.com

Biasakan anak dengan keadaan lapar dan kenyang. Cara ini dapat membantu mereka membina pola pemakanan yang teratur lalu mendorong kepada gaya hidup sihat. Anda boleh cuba mempelbagaikan jenis makanan pada setiap waktu makan. Anda digalakkan untuk menyediakan dua hingga tiga jenis makanan utama, contohnya, nasi, mi, ikan, daging, telur dan banyak lagi. Dengan memberikan anak dua atau tiga jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk tenusu, anda akan dapat memastikan dietnya seimbang. Seperti orang dewasa, penyediaan satu jenis menu sahaja menyebabkan ramai kanak-kanak sangat cerewet untuk makan kerana tidak mempunyai pilihan untuk dibuat.

Sumber Foto: pexels.com

Sumber Foto: 123rf

Jangan gunakan bahan yang sama semasa menyediakan makanan untuk anak. Tingkatkan kreativiti anda! Anda boleh menggunakan resipi berlainan dalam masa seminggu dan cuba elakkan memasak hidangan yang sama.

Sumber Foto: pexels.com

Paling utama jangan sesekali ugut atau paksa anak anda untuk makan. Tindakan mengugut atau memaksa anak makan makanan yang tidak disukai mereka akan menyebabkan mereka lebih memberontak. Ibu bapa perlu bijak wujudkan suasana gembira setiap kali tiba waktu makan. Selitkan sedikit suasana ketika waktu makan dengan imaginasi kreatif contohnya anda berdua sedang berada di planet asing. Puji mereka dengan pelukan kasih sayang sekiranya si anak dapat menghabiskan makanan tersebut dengan jayanya!

 

 

 

 

 

Sumber: wyethnutrition

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna