SRK Bakal Gegarkan Panggung Wayang Dengan Watak Lain Dari Yang Lain

Dah lama tak nampak pelakon Bollywood pujaan ramai, Shah Rukh Khan tampil beraksi di skrin pawagam dan kaca televisyen. Kalau dulu, dapat tahu je Shah Rukh Khan bakal membintangi filem hindustan yang baru, terus rasa teruja yang membuak-buak. Hero idaman kot!

Kali ini, pelakon berusia 53 tahun mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia apabila memuat naik sebuah video dirinya sedang merekod suara latar sebagai Mufasa dalam filem Disney terbaru, The Lion King versi Hindu.

Garangnya suara!

 

View this post on Instagram

 

Delighted to be a part of this global legacy. In Cinemas 19th July. Yaad Rakhna. #TheLionKing @disneyfilmsindia

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

Video tersebut mendapat lebih kurang 2.4 million tontonan umum dalam masa dua hari! Wah, baru suara Shah Rukh Khan je yang keluar, belum lagi kalau Shah Rukh Khan betul-betul berlakon. Mesti panggung wayang penuh gila nanti.

Filem tersebut difahamkan akan ditayangkan pada pertengahan bulan Julai ini. Kepada yang gilakan pelakon utama Kuch Kuch Ho Tai Hai ni, bolehlah tunggu filem online keluarkan suara versi Hindi. Selamat menonton!

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram SRK

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna